Outstation ~ Pinrang

Seperti biasa, kebanyakan pelajar tahun tiga fakulti perubatan Hasanuddin University harus menjalani Kuliah Kerja Nyata (KKN) di kawasan pedalaman dalam rangka mengamalkan ilmu yang sudah ditimba selama lebih kurang 3 tahun di fakulti.

 

Akhirnya tahun ini, KKN untukku tiba jua setelah mendengar pelbagai cerita; yang bagus ada, yang kurang enak pun ada. Kali ini saya dan sahabat-sahabat dihantar ke sebuah kawasan di bahagian Sulawesi Selatan – Kabupaten Pinrang.

Kabupaten Pinrang (yang ditanda kuning)

 

Pinrang tidaklah sepenuhnya terpencil. Kotanya boleh tahan juga la… Saya yang belum cukup menjelajahi dunia Sulawesi ni agak terkulat-kulat juga mencari lokasi.

  Continue reading