Sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan penulisan puisi. Bunyi kelakar pula bila baca semula. Dialu-alukan komen membina dari sahabat-sahabat ya. Terima kasih.
Cinta Merentas Masa
Kasih,
Apa kau melihat
Diri yang serba kekurangan
Merenggut kasih di birai hatimu
Membuang rindu di bulan pagimu
Memutus mati rantai rasamu
Apa kau menangis
Tika dusta bersulam patah
Pada sebuah cinta yang melapah
Noda batinmu
Di ruang masa nan sendu
Apa kau kecewa
Saat hadiah pemberianmu tersimpan kaku
Kasih tulusmu terbiar layu
Pengorbanan cintamu terkulai perdu
Maksud rindu kau nukilkan merentas waktu
Tidak tersampaikan padaku
Terburai di pelabuhan seteru
Kasih,
Andai kita bertemu di hamparan abadi
Akankah kau tersenyum sepi
Pada diri yang mencintai
Namun terang tega melukai
Kumerayu mendamba kasihan
Terus memamah sutera kesabaran
Mungkinkah kau menghulur tangan
Atau kepedihan ini kau tinggalkan
-Dalili, Mei 2008-
Fuyoh!!! Hebat tueh..
no comment la wak! ^_^
assalamualaikum permulaan bicara,
bukan untuk bermadah pujangga,
tetapi sekadar menyusun kata,
supaya lebih mudah dibaca,
dari hati ke papan kekunci,
mahasiswa bangun berdiri,
meneruskan cara hamzah fansuri,
berdakwah melalui pendekatan tersendiri,
sudah letih saya menanti,
menanti dan terus menanti,
adakah masih hidup lagi,
bahasa melayu yg dulunya disanjung tinggi,
p/s: marilah kita mengumpul suara,
bahawa bahasa jiwa bangsa,
tanpa berbahasa siapa kita,
kini kita bukanlah kita…
baik berkawan dari berpasangan,
baik berteman dari berpasangan,
baik bersahabat dari berpasangan,
baik kenalan dari berpasangan,
kalau sekadar ingin bercinta,
mengapa tidak cari yang hakiki,
ohh…mungkin kerna tidak dijumpai,
tidak pula mengerti bahawa kalian perlu mencari,
jawapan yang dicari ada pada diri,
saya disini sekadar melintasi,
bahawa masih termampu lagi untuk menasihati,
kawan,teman,sahabat dan kenalan yang disayangi,
mula dengan jumpa sekali,
seterusnya terjumpa lagi,
hati mula terasa sangsi,
inikah yang kucari,
mata mula bermain kata,
hati mula memandang rasa,
adakah akan diterima,
perkenalan untuk selamanya,
batas agama jangan dilupa,
Allah dan Rasul masih ada,
peganglah seerat-eratnya,
agar tidak jadi seperti yang “biasa”,
ingatlah janji diatas sana,
jangan sesekali kita terlupa,
sebab dia sudah mengingatkan kita yang hina,
“janganlah kamu menghampiri zina”
cukuplah sekadar bertegur sapa,
kerana kita umat manusia,
sentiasa hidup bersama-sama,
jangan pula angkuh mengata..
akhirnya dpt juga sy meluahkan, bgs untuk permulaan. jgn pula berhenti sekerat jalan. maaf ya mungkin sy yg tersilap,
Diri yang serba kekurangan
Merenggut kasih di birai hatimu
ini sy rasalh, empunya diri yg berkehendak..seterusnya dibalikkan semula rindu,
kasih dn sebagainya kepada kekasihnya semula.
Apa kau kecewa
Saat hadiah pemberianmu tertohok kaku
Kasih tulusmu terbiar layu
Pengorbanan cintamu terkulai perdu
Maksud rindu kau nukilkan merentas waktu
Tidak tersampaikan padaku
Terburai di pelabuhan seteru
segala apa yg dibuat oleh kekasihnya, dibiarkan ia berlalu pergi. tp kan….hmm…jodoh itukan rahsia Allah. walaubagai manapun, memang puitis kerna bersulamkan sedikit ciri2 keislaman
kalau silap harap maaf, klu ada penerangan lg bgs. sbb lg mudah untk memahami. sasterawan negara pun berbuat begitu, bg pembaca untk mudah difahami..
salam perjuangan…
mantap2x…
waiting for the next puisi…=)
waah~~ sejujurnya, andika sari dapat baca puisi ni dengan tepat. bagus, bagus. saya pun gembira jugak. hehe… ye, betul, mula2 empunya diri yang berkehendak, tapi dia juga yg membuang nilai cinta dlm diri. cuma takrifan siapa mencintai siapa mungkin tak sama kot. pendek cerita, tukarkan ganti nama…
anggaplah ‘aku’ tu sebagai kita semua, dan ‘kau’ tu sebagai Rasulullah s.a.w… itulah mesej puisi ni. kita mengaku mencintai dan merindui, tapi kita juga yg menghina dan meninggalkan sunnahnya. saya tuliskan ‘hadiah pemberianmu tersimpan kaku’ – hadiah yg dimaksudkan adalah keimanan. mungkin kalau baca artikel saya tentang muawiyah dlm ‘kemuliaan yg terkubur’, boleh dapat gambaran sebenar mcm mana perasaan saya masa tulis puisi ni.
apapun, terima kasih atas komen. semoga dapat mematangkan lagi puisi saya kelak. terima kasih banyak~~
salam, saya lihat begitu mendalam minat awak dalam penulisan puisi, bagus satu pendekatan yang hebat saya kira, tapi ada bagusnya awak membuat penerangan seperti cadangan di atas, mungkin ada pembaca yang sukar fahami bahasa puisi yang sememangnya terlalu indah ini, walau bagaimana pun, alhamdulillah saya faham apa yang hendak disampaikan, teruskan berkarya!
wasalam
wah dalili..
im not good at this..
hihi
fantabulous.. huhuhu
wah wah cik dalili kte.. 🙂
best 🙂