The 8th Habit~

Untuk post kali ini, saya teringin nak berkongsi kepada semua yang membaca tentang apa yang saya dapat sepanjang bercuti selama dua bulan di Malaysia. Alkisah nak dikatakan pada suatu malam yang indah, (di Kuala Lumpur malam-malam memang indah, dipenuhi lampu neon warna-warni yang tak pernah padam) saya keluar berjalan-jalan. Huhuhu… Niatnya nak cari makan, sekaligus belikan souvenir sikit untuk kawan-kawanku di Indonesia. Tapi ronda punya ronda, ter’stuck‘ kat Kinokuniya.

 

Ada sebuah buku yang menarik perhatian saya. Judulnya tertera ‘The 8th Habit; From Effectiveness to Greatness‘. Saya fikir pasti ramai yang sudah cukup tahu tentang perbahasan ‘The 7 Habits of Highly Effective People‘ yang ditulis pengarang Stephen R. Covey. Buku ‘Best Seller‘ beliau yang diadaptasikan oleh Ustaz Hasrizal dengan sentuhan dari Quran dan Hadith sudah disampaikan kepada ramai pelajar-pelajar Malaysia di seluruh negara.

book

 

Kali ini Stephen R. Covey kembali menulis tentang habit ke-8 yang seolah-olah menghiaskan 7 Habits dengan corak icing yang kreatif. Buku ini menekankan keperluan manusia untuk didengari dan dihormati. Ramai manusia yang ‘wujud’ namun gagal untuk ‘hidup’, ada juga yang  berjaya ‘hidup’ namun kurang ‘bermakna’. Inilah habit ke-8 yang ditekankan oleh Stephen R. Covey; Find Your Voice and Inspire Others to Find Theirs.

 

Hari-hari yang dilalui dengan limpahan sarjana dan lepasan diploma memberikan saingan yang tinggi buat kita yang hidup di zaman sekarang. Ramai individu yang merasa kecewa, tidak dihargai, lemah semangat dan tidak bernilai – semuanya akibat suaranya tidak didengar oleh masyarakat lain. Yang dimaksudkan dengan ‘suara’ di sini bukannya bermaksud suara ketika bercakap. Jauh sekali dari penyelesaian untuk cari microphone bagi memastikan semua mendengar.

 

Suara‘ yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu tentang diri kita yang unik dan mempunyai kepentingan secara peribadi dan bermasyarakat. Sesuatu yang memberi kontribusi unik dari sebuah individu – itulah yang dimaksudkan dengan ‘suara yang didengari’. Kebetulan Islam sendiri sangat menganjurkan agar kita dapat memberi manfaat kepada orang lain; sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat buat saudaranya. Barangkali inilah sisi ummat Islam yang sudah hilang setelah sekian lama – mengoptimalkan setiap daya ‘suara’ individu.

 

‘Suara’ jenis ini terdiri daripada empat komponen dalam individu; bakat (talent), minat (passion), keperluan (need), dan suara hati (conscience). Tanpa kombinasi keempat-empat elemen ini, ‘suara’ seseorang tidak dapat ditonjolkan dengan sempurna. Sekiranya dibandingkan dengan 7 Habits yang sudah terlebih dahulu diutarakan oleh Steven R. Covey, 8th Habit ini lebih merupakan sebuah usaha setelah berjaya menyemai 4th Habit (Think Win-Win), 5th Habit (Seek First to Understand, Then to be Understood), dan 6th Habit (Synergize).

 

slide1

 

Stephen R. Covey turut memperkenalkan teori ‘the 8th Habit Sweet Spot‘ di mana beliau memberikan satu gambaran kepada individu yang berjaya mengamalkan kelapan-lapan habit yang dibicarakan. Sekiranya kita mampu untuk ‘Find Your Voice and Inspire Others to Find Theirs‘, kita akan memiliki tiga kekuatan dalam diri; Personal Greatness, Organizational Greatness, Leadership Greatness.

 

8th Habit's Sweet Spot

8th Habit Sweet Spot

 

Conscience yang dirujuk pada Personal Greatness adalah aplikasi dari 7 Habits yang sudah terlebih dulu dikuasai. Value atau nilai yang diungkit pada Organizational Greatness secara ringkasnya merujuk kepada nilai seseorang. Seingat saya, hal ini sudah disentuh mendalam oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramah beliau tentang ‘7 Habits of Highly Effective Muslim‘. ‘Nilai‘ itu sangat bergantung kepada kejelasan (clarity), komitmen, sinergi dan tanggung jawab. Atau pendek cerita, bergantung kepada ‘priority‘ setiap individu. Jika seseorang mengutamakan keluarga, maka keluarganya adalah ‘nilai‘ utama baginya. Dan di situlah letaknya Organizational Greatness baginya.

 

Manakala Leadership Greatness merujuk kepada 4 peranan pemimpin; modeling, pathfinding, aligning, empowering. Di sinilah letaknya peranan 8th Habit dalam kepimpinan. Sekiranya kita mampu mencari ‘suara’ kita, kita sudah layak menjadi model kepada orang lain. Lalu dalam masa yang sama, kita membantu masyarakat dalam proses-proses sama yang telah kita lalui.

 

Dalam melaksanakan pembentukan individu ini, terdapat 4 disiplin dalam pelaksanaan, itulah yang disebut ‘4 Disciplines of Execution‘. Ia terdiri dari:

1. Focus on the wildly important.

2. Create a compelling scoreboard.

3. Translate lofty goals into specific action.

4. Hold each others accountable all the time.

 

Hurm… Rasanya macam di’compress‘ dari satu buku menjadi satu post. Macam sarat sangat dalam kepala macam mana nak dikeluarkan dalam bentuk paling ringkas. Tapi dalam kesempitan waktu dan keinginan berkongsi, inilah yang mampu saya berikan. Sekiranya anda belum mendapat materi ‘7 Habits of Highly Effective Muslim‘, saya syorkan bacalah dari blog Ustaz Hasrizal. Kalau tak, belilah buku tu. Ada je di pasaran. Hehe… Kalau dah dapat materi tu, cubalah dalami ‘The 8th Habit‘ pula.

 

The difference between what we are doing and what we are capable of doing would solve most of the world’s problems,” – Mahatma Ghandi.

 

Wallahualam…

Advertisements

4 thoughts on “The 8th Habit~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s