Of Memories and Life

“Okay ke housemanship masa mengandung? Saya dengar sampai gugur pun ada.”

.

Persoalan seorang pelajar perubatan, yang saya kira cukup sama dengan apa yang pernah terlintas di fikiran saya suatu ketika dulu sewaktu saya masih seorang pelajar. Akhir-akhir ni saya bekerja di jabatan yang tiada HO, jadi untuk menilai HO itu masih terlalu jauh untuk saya. Tapi, saya pernah menjadi seorang HO juga. Itu adalah proses yang akan dilalui oleh semua doktor.

.

Saya masih ingat persepsi saya terhadap housemanship training ketika masih di bangku universiti. Saya bayangkan saya akan bekerja tanpa dapat tidur sedikitpun. Kadang mungkin tak dapat balik rumah. Tak ada life. Seminggu sampai oncall every other day. Berlari ke sana ke sini. Macam-macam la yang saya fikir.

.

Image 

Hari pertama saya melaporkan diri sebagai houseman, kami banyak menguruskan surat menyurat rasmi. Petangnya kami disuruh pulang berehat dulu. Saya dan rakan dari universiti yang sama, Sharifah Najwa, akhirnya keluar bersiar sebentar. Kata kami, enjoy your time as long as you still have it. Punyalah ngeri hidup houseman ni.

.

Posting pertama saya ditempatkan di Surgery. Jujur saya cakap, itu adalah bahagian yang sangat saya minati di universiti dulu. Orang yang pernah baca tentang post saya mengenai Surgery dulu mungkin lebih faham. Pertama kali saya melangkah ke wad Pembedahan Am, Hospital Serdang, saya diberi orientasi, kemudian disuruh membantu di wad. Pakar-pakar di situ kebanyakannya Cina bukan Islam, tapi tak adalah pula masalah waktu solat yang saya hadapi. Malah waktu rakan sekerja saya mengajak masuk ke bilik houseman untuk solat, kami sempat mengaji lagi sehabis mengerjakan solat fardu.

.

Mungkin ada yang berkata, memanglah sempat rehat, makan dan solat. Surgery memang tak sibuk.

.

Okaylah, kita fast forward sikit. Posting kedua saya adalah Bahagian Obstetric and Gynaecology. Sakit puan lah pendek cerita. Bahagian yang disodorkan dengan ratusan ibu hamil untuk follow up mahupun bersalin, bahkan gadis remaja atau isteri-isteri yang memerlukan pemeriksaan bahagian kewanitaan mereka. Saya berani cakap, inilah bahagian yang paling sibuk. Sungguh, dari segi workload, tak ada bahagian lain yang dapat menandingi bahagian ini.

.

Hari pertama saya di O&G, saya rasa nak berhenti jadi doktor. Kebetulan, hari pertama saya di situ merupakan salah satu hari-hari yang paling sibuk, tidak ada walau sesaatpun buat kami untuk berehat. Saya yang seharusnya pulang jam 10, seingat saya, hari itu saya balik jam 1 pagi. Hari itu, sudahnya saya tidur di hospital. Sungguh, tak tipu.

.

Menariknya, ketua jabatan O&G di sini, adalah seorang wanita yang berpegang pada ajaran Islam, kebetulan orang Kelantan juga. Adalah juga dia berborak panjang dengan saya sewaktu saya melapor diri. Orangnya tegas, tapi cukup menjaga anak-anak buahnya. Seandainya kamu seorang yang selalu buat masalah, mungkin anda akan tidak menyukai beliau. Sebab beliau percaya kepada prinsip bahawa tanggungjawab itu amanah, dan amanah itu wajib dilaksanakan. Dengan kata lain, kalau anda selalu lari dari tugas, pasti dimarah teruk oleh beliau. Huhu. Tapi ketahuilah, marah beliau adalah marah sayang. Bagai seorang ibu buat anaknya.

.

Apa yang menariknya yang ingin saya tekankan adalah pengalaman saya bekerja di bawah beliau. Saya sudah melalui semua houseman posting, dan saya akui, beliau adalah ketua jabatan yang paling saya suka. Mungkin kerana fikrah kami sama, atau mungkin kerana cara beliau menjaga kami. Beliau bukan seperti ketua jabatan lain yang bekerja di belakang meja dalam pejabat, beliau turun ke lapangan, memantau setiap gerak geri.

.

“Halaa dah makan? Suruh sorang pergi beli makanan, nanti ganti-ganti makan.”

.

“Halaa dah solat? Pergi solat dulu, biar doktor ganti sekejap.”

.

“Dah dapat cari orang untuk hantar patient ni? Kalau tak dapat, biar doktor saja yang pergi.”

.

Logik ke ketua jabatan mengutarakan kata-kata seperti itu? Percayalah, beliau sudah berkali-kali turun menggantikan tugas kami ketika diperlukan. Awalnya saya sendiri kekok. Takkan nak suruh ketua jabatan buat kerja, tak naklah. Tapi beliau tidak sedikitpun teragak-agak. Dan akhirnya saya sedar, itu adalah cara beliau menjaga kebajikan, kesihatan dan agama kami.

.

Semua orang sibuk, semua orang penat. This is the nature of our job in O&G. I never deny that. Tapi kalau dijadikan alasan untuk meninggalkan solat dan kemaslahatan diri, itu sama sekali tidak tepat. Pengalaman saya di O&G sudah cukup sebagai bukti. Kalau di O&G yang sebegitu sibuk juga boleh buat, kenapa di bahagian lain tidak boleh?

.

The key is teamwork.

.

20140313-120559.jpg

Me, Kew and Edmund

.

Apa yang ketua jabatan O&G tunjuk kepada saya sungguh menyedarkan saya akan kerjasama antara rakan sekerja. Menjadi HO ni, memang tidak boleh mementingkan diri. Fikirkan kesusahan orang lain, bayangkan kalau kita ada di tempatnya. Jangan kerana pesakit kita cukup stabil, kita biarkan rakan-rakan kita yang sibuk, terkontang-kanting seorang diri. Kalau anda ada masa goyang kaki selepas round, apalah salahnya rajin-rajinkan diri bertanya kawan, apakah ada yang boleh dibantu. Mungkin mereka belum makan, mungkin belum solat, mungkin memang tak sempat nak uruskan segalanya. Tak rugi pun, satu hari nanti, anda juga akan dapat pesakit yang tak stabil seperti itu. Anda juga perlukan bantuan mereka satu hari nanti.

.

Jawapan saya kepada persoalan di atas. Tak ada salahnya mengandung sewaktu HO. Ramai juga rakan saya yang mengandung sewaktu latihan dulu. Tapi rancang cycle anda. Jangan ambil O&G ketika mengandung, memang tak laratlah macam tu. Ambil yang lebih ringan, Surgery, Ortopedik atau Anestesi. Minta bantuan rakan-rakan kalau tak mampu. Percayalah, kalau reputasi kita baik, rakan-rakan akan lebih senang hati membantu.

.

Housemanship isn’t as scary as you imagine. Pakar-pakar bukanlah raksasa yang langsung tak memahami kemudaratan manusia. Tambah pula sekarang sistem shift, anda pasti beroleh masa rehat sedikit setiap hari berbanding sistem oncall dulu. Jangan terlalu prejudis sehingga menghilangkan jati diri sendiri. Dengan kelambakan doktor muda yang semakin ramai akhir-akhir ni, beban kerja tidaklah seberat dulu. Gunakan peluang ini untuk betul-betul belajar bersama.

.

Satu fakta menarik yang ingin saya kongsikan. Sepanjang saya housemanship, saya banyak berpeluang mengikuti usrah dan mengerjakan solat dhuha. Sungguh, itu sedikitpun tidak mustahil.

.

Special thanks to Farhanah, Firdaus, Kew and Edmund for being the best teammates ever. I couldn’t have done that without you guys.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s