Jemaah Cowok-Cewek

Okie dokies… Kita lanjutkan lagi tentang apa yang saya dapat dari pengalaman sepanjang KKN. Ada satu lagi persoalan menarik yang saya dengar dari seorang sahabat yang ditugaskan ke posko Mattiro Bulu. Kebetulan posko sahabat saya ini anggotanya akrab sekali dan sering menjalankan solat berjemaah. Suatu hari, anggota posko yang sering menjadi imam solat berkata kepada mereka, “Kalo bisa, yang cewek jangan ikut jemaahnya cowok. Soalnya tidak bisa ki jemaah kalo nggak ada mahramnya,”.

 

Daripada mengatakan itu satu cadangan, menurut sahabat saya itu lebih kepada satu cegahan. Dengan terpinga-pinga, sahabatku akur dan mereka tidak lagi mengikut solat jemaah bersama teman posko lelaki. Sahabat saya itu tidak bertanya soal ini kepada saya, tetapi saya berminat untuk mencungkil lebih lanjut. Nah, kenapa cerita ini menarik minat saya?

 

Pertama, cerita ini menyangkut soal fiqh yang amat saya minati. Kebetulan, persoalan ini merupakan persoalan yang kalau ditanya kepada saya, saya tidak bisa menjawab. Kedua, dalam jangka ber’KKN’, ketika berziarah ke Mattiro Sompe, saya pernah solat Maghrib berimamkan Mamo (rujuk post My Memorable Kassa Health Crew). Sekiranya dakwaan anggota posko sahabat saya itu benar, maka saya sudah melakukan satu kesalahan fiqh.

 

Penat juga bertanya sana-sini. Tak cukup di Indonesia, saya tanya juga orang-orang di Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat jawapan yang dimahukan. Suka juga mahu dikongsi bersama, kalau berkenan di hati. Kalau tersalah pemahaman, pembetulan dari kalian amat dialu-alukan.

 

Dalam masalah lelaki dan perempuan bukan muhrim, kita harus sentiasa ingat bahawa Islam sangat menjaga maruah dan kehormatan setiap Muslim. Oleh itu, Islam melarang lelaki dan perempuan bukan muhrim berduaan dan berkhalwat terutama di kawasan sepi. Bagaimanapun, dalam masalah solat berjemaah, seharusnya tidak ada masalah untuk seorang lelaki mengimamkan seorang perempuan bukan muhrimnya selagi mana mereka tidak mengerjakan solat itu di tempat yang terisolasi dari orang ramai.

 

Merujuk persoalan ini, saya menemui satu keratan artikel menarik di mana ilmuwan Islam Syeikh Ahmad Kutty pernah menegaskan, “Adalah tidak salah bagi seorang wanita Muslim untuk ikut solat berjemaah di belakangmu dalam satu bilik/surau kecuali jika lelaki itu berniat menggoda wanita tersebut. Tidak ada pengharaman dari segi syariah selama mana keduanya tidak mengasingkan diri dalam keadaan mencurigakan,”.

 

Solat merupakan satu ibadah yang kita harus kerjakan setiap hari dan sememangnya ia merupakan satu tindakan yang lebih afdal dilakukan secara berjemaah. Sudah bukan rahsia tentang ganjaran 27 ganda solat berjemaah dari solat bersendirian, belum termasuk kelebihan lain yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t.

 

Tidaklah salah untuk solat berjemaah, samada beramai-ramai ataupun berdua dengan yang bukan muhrim. Namun haruslah mencari tempat yang sesuai dan tidak mencurigakan. Sekiranya tiada tempat yang tidak terasing dari orang lain, dan hanya terdapat satu ruangan kecil untuk solat berjemaah, maka dalam situasi itulah baru solat jemaah seperti itu tidak dibenarkan.

 

Pernah juga disentuh oleh pensyarah fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sano Kutub Mustafa, tentang isu ini. Katanya, “Islam tidak langsung menghalang seorang wanita untuk solat berimamkan seorang lelaki bukan muhrimnya selagi mereka solat di kawasan yang terbuka (tidak mencurigakan, tidak sempit dan tidak tertutup),”.

 

Setakat yang saya cari, itulah jawapan yang saya perolehi. Mungkin ada hujah dari pendapat lain yang belum saya jumpa tentang persoalan ini. Lumrah ilmu fiqh, pasti ada perbezaan pendapat. Rupa-rupanya masih luas persoalan yang belum saya terokai. Terima kasih buat sahabatku itu kerana telah berkongsi persoalan itu dengan saya.

 

Namun saya sudah berpuas hati kerana saya dapat menambah lagi ilmu dalam bidang ini. Hujah ini juga baru saja saya pelajari dan saya masih dalam usaha memahami lebih dalam tentang tiang agama Islam itu. Atas dasar itu, saya amat mengalu-alukan komen dan tambahan pembaca semua.

 

Semoga bermanfaat dan semoga Allah s.w.t menerima setiap solat dan amalan kita semua, amiin…

 

Wallahualam…

Advertisements

8 thoughts on “Jemaah Cowok-Cewek

  1. alhamdulillah…baguih2..timer kasih bebanyak..hopefully yang mana teman2 tak jelas, telah di perjelaskan oleh kak halaa….
    btw waktu kak halaa solat dgn mamo tu akak tak berdua…tapi bertiga, (eh tambah wahdi n kiter skali) jadik la berempat…
    hehehe~~~

  2. aslm wbt

    hukum asal utk pmpuan ialah afdhal atau lbih baik solat dirumah, bkn di masjid. berbeza dgn laki hatta ada ulama berpendapat laki wajib solat jemaah di msjid.

    صلاة المرأة في بيتها أفضل من صلاتها في حجرتها وصلاتها في مخدعها أفضل من صلاتها في بيتها

    “Seorang wanita bersolat didalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat dihalamannya, dan solat didalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]

    maka solat dirumah lg afdhal.

    -akhi masri :www.the-authenthic.blogspot.com-

    cuma dalam hal ini, akak lebih senang berpegang pada hadis ni “Allah’s Aposlte used to offer fajr prayer and some of the beleiving women covered with their sheets used to attend the prayer with him and they would return to their home unrecognized” Hr Bukhari

    dr hadis ni akak rasa, x de mslh utk seorang cowok mnunaikan solat jemaah cuma perlu dititik beratkan soal aurat dan juga soal fitnah yang mungkin timbul

    Allahu ‘alam 🙂

  3. terima kasih atas masukan dan tambahan informasi.. bagus tu, menambah hujah dan mencerahkan lagi pemahaman. mungkin dalil tu jugak yang menyebabkan berlaku perbezaan pendapat. ulama’ yang melarang hal itu mungkin ada hujah sendiri terhadap bagaimana hadith tu diriwayatkan dsb… saya sendiri pun masih tercari-cari hujah. tapi hari tu tak boleh solat kat rumah, coz on leave. and usually since we stayed together under one roof, walaupun kat rumah, KKN students tend to perform congregational prayer together – girls n boys. so the problem remains. thanks anyway, kak diyana…

    and yes, cowok is ikhwah, cewek is akhawat…

    aishah: sempat lagi buat lawak ek… tak pe, tu menunjukkan situasi ktorg tak mencurigakan, alhamdulillah. nampak gayanya situasi aishah dgn wahdi lagi mencurigakan tu~~ hehe~~

  4. Salam kak Halaa!
    thx for solving the case! hehe
    Actly sy pun dh dptkan penjelasan dr ikhwah tu, dia berpegang pd dalil: Ummu Salamah pernah sholat di belakang Rasul (waktu blm nikah dgn Rasul) dan beliau ajak anak lelakinya solat bersama. tp bile tgk penjelasan akak, mungkin juga sbb Rasulullah dan Ummu Salamah ada sambung rasa dan berniat menjaga, jd mereka pun buat mcm tu. Apapun, khilaf ni jgnlah smpi memecahkan kita bila tak sepemikiran. Dr apa yg sy alami, mmg pd awalnya timbul barrier, tp carilah persamaan dan persefahaman melalui syura dan menuntut ilmu. Mcm yg kak Halaa buat ni ler…hehe bgs2…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s