Eyes Never Lie

Alhamdulillah, selesai sudah sebuah bahagian yang memberikan tekanan yang tinggi kepada saya; Ophthalmology department. Saat kaki ini melangkah keluar dari ruangan itu, mataku sempat menitiskan air mata. Bukan kerana apa, tapi jiwa saya merasakan sebuah kebebasan yang saya yakin akan sangat saya hargai dalam tiga bahagian ke depan.

 

Ya, cuma tinggal tiga bahagian sahaja lagi untuk saya menyelesaikan hidup saya sebagai seorang clinical student. Jadi, apa yang saya dapat di bahagian ini? Ophthalmology department here ini Makassar is indeed a very stressful department. Tanya saja mana-mana Co-Assistant di Makassar ni. Siapa sangatlah yang menikmati bahagian ini seperti bahagian-bahagian lain. Kalaulah ada, sungguh beruntung orang itu.

 

What’s so stressful in Ophthalmology anyway? You may ask. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mata adalah sepasang organ yang cukup ringan, memang. Kecil, hanya sekitar 1 inci saiznya, tapi banyak kepentingannya. Seandainya tidak berfungsi sepasang organ ini, gelaplah dunia, sempitlah jiwa. Kata orang “dari mata turun ke hati”; kerana memang secara anatomi itu 70% saraf sensorik (saraf rasa) itu terkumpul di mata. Mata itu ‘merasa’. (Marieb EN. Human Anatomy and Physiology 6th Ed. USA: Pearson Benjamin Cummings; 2004. p. 560)

 
Bahagian ini berlangsung selama empat minggu. Kami dikejarkan dengan diskusi, laporan kes, assignment, dan tak lupa juga mengejar pesakit untuk dijadikan status ujian. Boleh dikatakan hampir tiap hari kami pulang malam. Apalagi sistem bahagian ini yang menitikberatkan tentang perilaku yang tak perlu. It was stressful indeed, but we laugh almost the whole time. Pernah juga timbul beberapa kes yang menguji kesabaran kami. Tapi atas keterpaksaan kami bertahan. Menyelesaikan hari-hari yang bagi saya cukup melelahkan.

 

Tapi alhamdulillah, dalam kelelahan dan keterpaksaan itu tidak menghijabkan mataku dari melihat keindahan ilmu pada ‘dunia’ ini. Ilmu Ophthalmology banyak menerapkan kembali konsep fizik. Equator, pembiasan dan rumus-rumus dalam mengembangkan pemahaman kinerja organ mata. Hmm, siapa kata belajar Medicine tak ada kira-mengira? Kalau Pharmacology penuh dengan konsep kimia, Ophthalmology penuh dengan konsep fizik. Kalau otak anda dah berkarat, terpaksalah polish balik.

 

Ada banyak hal yang membuatkan saya tersentuh di bahagian ini. Kedudukan kami sebagai Co-Assistant yang bagi saya tak ubah seperti saat kami masih di tingkat pertama. Saya menyaksikan banyak sekali orang yang kehilangan nikmat penglihatan di usia yang muda, apalagi di usia tua.

 

Pernah satu hari di minggu kedua saya bertemu dengan seorang pesakit. Masih muda, baru berumur 7 tahun. Di korneanya tumbuh sebuah tumor yang didiagnosa Corneal Staphiloma. Disebabkan ubatnya hanyalah operasi dan memerlukan General Anaestesi, dia dirujuk ke hospital lain. Di minggu ketiga saya sempat ditugaskan di hospital tersebut. Dan minggu itu, di operasi itu, dia pergi meninggalkan keluarganya. Bukan kerana operasi matanya, tapi kerana kecuaian sesetengah pihak. Itulah satu-satunya pesakit di Ophthalmology yang meninggal sepanjang saya bertugas di bahagian ini.

 

Perasaan? Ya, saya sangat sedih. Pertama kali saya bertemu dengannya di minggu kedua, saya sama sekali tidak menjangkakan dia akan pergi satu minggu kemudian. Anak itu sihat, hanya korneanya yang bermasalah. Keluarganya yang mempercayakan anak mereka kepada kami secara penuh, pasti juga tidak menjangkakan hal itu. Saya marah dengan pihak yang tidak bertanggung jawab menjaga amanah yang telah diberikan oleh keluarga itu. Kecuaian yang sebenarnya dapat dielakkan, tapi kerana rasa altruisme yang kurang, tugas itu diabaikan.

 

Banyak yang lupa, mata itu adalah ‘dunia’ mereka. Bentuknya yang bulat dan agak leper sedikit persis sekali dengan bentuk globe bumi kita. Dengan ‘dunia’ yang kecil inilah mereka melihat hamparan bumi. Saat ‘dunia’ kecil itu hilang, mereka mula mencari nikmat yang dulu mereka abaikan. Andai tidak mampu lagi untuk digapai, mereka jatuh dalam kegelapan. Dan menyesali banyak nikmat yang tidak sempat mereka syukuri.

 

Mata ini dapat melihat lebih jauh dari apa yang dizahirkan, jika kita termasuk orang-orang yang mahu berfikir. Struktur yang kompleks itu tidak pernah jemu berkhidmat untuk tuannya sehingga Tuhannya memerintahkan untuk berhenti. Saiznya yang kecil itu membebani persarafan dan tarikan otot-otot dari seluruh tubuh. Hanya diimbangi oleh irisnya yang kecil. Namun sedikitpun sepasang organ itu tidak pernah lelah, menunjukkan dunia ini kepada tuannya, membuktikan kebesaran Tuhannya.

 

‘Dari mata turun ke hati’… Apakah kebesaran itu benar sudah sampai ke hati kita?

 

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” – Surah Ar-Rahman (55): 13

 

Mata itu tidak pernah menipu. Yang menipu itu adalah sekeping hati yang dikotori dengan cebisan dosa, sehingga apa yang ditunjukkan oleh mata itu tidak sampai ke hati…

 

Despite the pressure we got in this department, I enjoy the knowledge very much~!

Buat Noor Widyani, Dian Furqani, Shendy Soeliauwan dan Angga Anggriawan, thank you for coloring my life in Ophthalmology department. This department would be much much stressful without you guys there~! ;)

 

Count down to three, everyone~! :D

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.