Posted by: halaa on: June 30, 2009
Around the world in 80 days~ I’m sure everyone must have at least heard of that phrase. I experienced it. Shorter period, in fact. I went around the world in 5 days! Well, not literally of course… Frankly, I went around the world of Neurology in 5 days!
What can I say about Neurology department? Hmm, akhirnya selesai juga 4 minggu di bahagian ni. Banyak benor pengalaman untuk saya di bahagian ini yang berbeza dengan bahagian lain. Yang pasti, pengalamannya tidak seindah yang difikirkan.
Minggu pertama saya ‘dikurung’ di wad, menjaga pesakit-pesakit yang pelbagai. Di samping saya menyiapkan status pesakit untuk keperluan diskusi, saya dikejarkan dengan tugas klinik yang tidak seharusnya saya dapatkan di minggu pertama. Namun saya tetap pasrah. Saya faham, kondisi teman-teman minggu atas yang jumlahnya jauh lebih kecil tidak memungkinkan mereka memikul semua tanggung jawab minggu atas. Akibatnya, kami yang baru minggu pertama ni terpaksa membantu tugas-tugas klinik.

melengkapi status dan prescription patients
Memasuki minggu-minggu seterusnya, gerak kerja saya semakin lambat. Saya juga kurang pasti mengapa. Mungkin kerana terlalu letih di minggu pertama, mungkin juga kondisi tidak mendukung, mungkin juga kerana kesibukan menguras semangat mental saya. Status pesakit saya belum dibincangkan walau satu pun (sedangkan saya harus selesaikan perbincangan status pesakit dalam waktu 3 minggu). Thesis saya belum dimulai walau satu huruf. Prestasi saya di bahagian ini sungguh mengecewakan.
Kebetulan tidak ada yang memasuki bahagian ini di minggu bawah. Kami terpaksa menjalankan tugas berganda-ganda lagi lebihnya. Tugas-tugas minggu atas dan minggu bawah semua di bahu kami. Semakin lebih-lebih lagi letihnya. Rasanya sampai memasuki minggu ketiga, belum sedikit pun saya menguasai ilmu Neurology. Jiwa saya sudah mulai merasakan kebosanan terhadap ilmu bahagian ini.

menerima pesakit baru bersama dr. Angel
Sampai ke minggu terakhir, saya ditugaskan ke hospital swasta. Hanya dua orang ditempatkan di situ. Di sini, saya dibimbing oleh dr. Yusuf. Dia orangnya kelakar dan bersahaja. Ilmunya setinggi langit, tak tercapai rasanya. Bersama dengannya membuatkan saya rasa santai dan menikmati indahnya dunia Neurology.
Dr. Yusuf banyak mengajarkan saya asas-asas ilmu Neurology. Perlahan-lahan, dia membawa saya menjelajah dunia Neurology sampai seluruhnya saya lewati. Hari-hari saya di Hospital Islam Ibnu Sina membuatkan saya melihat indahnya dunia yang selama ini saya rasakan begitu kelam. Serta-merta saya merasa ilmu ini sungguh mudah dan ringkas.
“Neurologist bagaikan seorang engineer yang mencari di mana letaknya litar pintas dalam sambungan wayar,” itu kata-kata dr. Yusuf yang masih berbekas di mindaku.

mencari 'litar pintas'
Kerana kami cuma berdua di RS Ibnu Sina, jadi jaga kami banyak juga. Pun begitu, disebabkan hati saya sudah tertarik dengan pendekatan dr. Yusuf, sepulang saya ke rumah, saya langsung ke RS Wahidin untuk menggali lagi ilmu ini. Kebetulan nasibku sungguh baik, kerana rakan dr. Yusuf, dr. Husain kebetulan ada di RS Wahidin. Apa lagi, saya pun minta diskusi dengannya.
Pendekatan dr. Husain dan dr. Yusuf kurang lebih sama. Keduanya berusaha membawa kami ‘melancong’ ke kawasan-kawasan indah dunia mereka. Semakin indah rasanya ilmu yang selama ini dirasakan susah bagai nak rak. Dalam sekelip mata, saya jatuh hati pada bahagian ini. Tiga minggu saya mencebik, melayan jenuhnya hati terhadap ‘letihnya’ saya pada ilmu Neurology. MasyaAllah, kuasa Tuhan membalikkan hati manusia.
Hingga ke detik terakhir, saya masih mengutip mutiara-mutiara berharga dari dr. Yusuf di RS Ibnu Sina. Lima hari saya bergelumang dengan ilmu Neurology siang dan malam, tanpa sedikit pun merasa jemu. In a glance, I felt like I make a strike on Neurology.

my lecturer came for a neurologic medication too~!
Saat melangkah untuk ujian, saya merasakan sepercik debaran. Mana taknya, saya hanya belajar dalam waktu lima hari. Itupun kebanyakan yang saya belajar hanya neuroanatomi dan dasar-dasar penyakit seperti strok dan lain-lain. Dengan berbekalkan ilmu yang sedikit, saya masuk dengan sepotong doa dan selawat.
Wajah dr. Kurnia Bintang yang menguji saya terlihat biasa saja. Beliau specialist yang lumayan dihormati di bidang ini. Agak menakutkan juga diuji oleh beliau. Waktu pertama kali dia mengeluarkan soalan, saya menganalisa kembali neuroanatomi yang diajarkan dr. Yusuf dan dr. Husain. Siapa sangka, ternyata ilmu neuroanatomi saja sudah mampu menjawab seluruh dunia Neurology.
“Apa jadi kalau berlaku fracture pada vertebral column bahagian radix anterior?”. Kepala saya sudah membayangkan ajaran sang guru-guru. Radix anterior kan tempat laluan saraf motorik, kalau fracture kat situ, mestilah paralyzed bahagian kaki. Dan disebabkan radix anterior hanya dilalui saraf motorik, mestilah sensorik dia tak terganggu.
“Apa komplikasi strok yang paling bahaya?”. Strok menyebabkan peningkatan intracranial pressure. Dalam ruangan kepala yang tertutup tu, kalau intracranial pressure meningkat mestilah akan berlaku herniation (Monroe-Kellie Rule).
“Apa yang paling kita takutkan pada Guillain Barre Syndrome?”. Hmm, GBS kan ascending paralysis. Kalau dah sampai nerve tangan, kaki, kepala dan lain-lain, mestilah respiratoric nerve pun terganggu (ada penerangan innervation yang lebih rumit). Jadi, kita sebenarnya nak elakkan respiratoric arrest pada pesakit GBS.
Banyak lagi persoalan dr. Kurnia Bintang yang saya jawab hanya berdasarkan neuroanatomi yang diajarkan, termasuklah perkembangan otak dan spinal nerve pada fetus. Dan senyuman serta anggukan dr. Kurnia Bintang meyakinkan jawapan saya. Saya puas. Ternyata ilmu Neurology sangat mudah, hanya saja saya belum cukup mampu menghayatinya.
Sudah seminggu saya keluar bahagian Neurology. Sekarang saya sudahpun melewati waktu di bahagian Internal Medicine. Namun akal ini masih membelek-belek buku Neurology. Mencari apa yang belum sempat saya tahu. Saya masih singgah di bahagian Neurology bertemu dr. Yusuf, dr. Husain, dr. Faisah, dr. Angel, dan doktor-doktor lain yang sudah banyak mencurah ilmu buatku.
Saya masih ingat senyuman dr. Yusuf ketika saya menyatakan padanya, “doktor, di minggu terakhir di Neurology ini barulah saya merasakan indahnya Neurology,”.
A future Neurologist, yes? Hehe…
Terima kasih, buat semua doktor yang membantu saya menimba ilmu. Terutama dr. Yusuf yang begitu sabar menuntunku…
ada quiz test kat fb…and i got neurologist…!!
hehee…~~
I fell in love with neurology,
[though in da first week i felt like living hell..
sangat bess with all da doctors yang sangat2 suka memberikan ilmu dan waktu…
i’m so missing dose dayz..
*sigh*
June 30, 2009 at 11:44 pm
Amin…a future Neurologist.