Posted by: halaa on: February 8, 2009
FAQ: Macam mana Dermatology department? Susah tak?
Boleh dikatakan setiap kali saya bertemu teman-teman saya, pasti soalan itu yang dikemukakan. Maklumlah, group saya boleh dikatakan group ketiga yang melalui bahagian ini dalam batch saya (baru 8 orang Malaysians yang dah ambil bahagian Dermatology). Dan setiap kali juga jawapan saya pasti sentiasa sama; “ok la…“.
Penat tak? Hmm, kalau tanya penat, memang awalnya kurang penat. Jaga wad pun tak ada buat apa. Sekadar tukar tempat tidur; dari bilik ke hospital. Alah, pesakit dengan masalah kulit je pun. Paling teruk pun tak adalah sampai emergency. Tapi bahagian ini memiliki sentuhan keletihan dari sudut yang berbeza.

my creeping eruption patient; saya salah diagnose skabies
Sejak memulakan alam clinical, saya banyak bergerak ke sana sini. Kadang saya ditugaskan di hospital yang agak jauh dari apartment tempat kami tinggal. Penatnya di bahagian ini apabila harus dikejarkan ke sana sini yang saya istilahkan hospital hopping. Seusai dinas, hampir setiap hari terpaksa menyiapkan assignment yang setiap hari juga dicoret oleh doktor. Sampai waktu berada di kamar tidak ada hal lain yang terfikirkan melainkan; tidur.
Saya sendiri pun tak tahu waktu bilalah saya boleh study. Belum campur lagi pengalaman dimarahi teruk dengan doktor dan kes-kes tersalah diagnose sebab skin lesion penyakit lebih kurang sama je. Pelbagai ragam yang saya dapat lihat sepanjang bulan ini dari tingkat seorang profesor sampai pesakit.

ward round; drug eruption patient
Ketika bertugas di RS Akademis Jaury, saya sempat menerima seorang pesakit yang datang dengan keluhan jerawat (atau bahasa perubatannya Akne Vulgaris). Sekalian dia mengeluh bintik-bintik hitam yang terdapat di wajahnya. Saya tersipu-sipu sahaja sambil berdiri di sisi Prof Dali, doktor yang sangat saya hormati.
“Doktor, tengok bintik apa di wajahnya itu,” arah Prof Dali. Kami mengikut arahan. Terintai-intai sambil kerisauan takut-takut salah diagnose lagi.
“Komedo, prof,” ringkas jawapannya.
“Oh, bukan komedo, doktor. Waktu saya ke facial treatment mereka kata bukan komedo. Mungkin tumor kulit,” pesakit tersebut menyanggah diagnose kami. Sudah, patient pulak yang cakap kami salah.
Saya sempat melihat wajah Prof Dali yang penuh perhatian menerima informasi. Dengan suara yang lembut beliau bertanya lebih lanjut tentang apa yang diberitahu oleh saloon tersebut. Macam kena konsul pulak. Setelah puas pesakit tersebut bercerita, Prof Dali mencadangkan pemeriksaan laboratorium, dan pesakit tersebut bersetuju lalu kemudiannya dibawa pergi oleh jururawat. Uih, komedo je pun, takkan nak periksa lab kot? Saya hampir tidak percaya.
“Kamu bakal-bakal doktor juga harus sentiasa ingat tentang hal ni,” Prof Dali bersuara seolah-olah memahami pergolakan hati kami, “Walaupun kita seorang doktor, jangan pernah memandang rendah pada profesi lain. Walaupun mereka pekerja facial atau tukang sapu sekalipun, mereka ada ilmu mereka masing-masing yang mungkin kita terlepas pandang. You never knew when you will receive new knowledge from these people,”.
Kami mengangguk setuju. Dalam hati saya mengagumi peribadi Prof Dali yang tak pernah jemu menuntut ilmu. Tak hairanlah namanya disebut-sebut oleh semua lapisan masyarakat. Berbeza sekali dengan Dr R (if you know who I mean. Hehe…).

biopsy punch - saya hampir pengsan waktu ni
Kembali bertugas di RS Wahidin Sudirohusodo, kami banyak berbincang secara langsung dengan doktor-doktor specialist. Sesekali Prof Dali turut menjenguk kami. Ada juga isu-isu yang menghairankan, seperti keluhan seorang pesakit yang mengadu tidak sembuh sewaktu dirawat di hospital lain, tetapi akhirnya sembuh apabila dirawat di sini. Padahal ubat yang digunakan di kedua-dua hospital itu sama sahaja.
“Medicine is an art,” Dr Farida memberi penerangan pada kami, “Menjadi seorang doktor bukan hanya bergantung pada ilmu. Ia merupakan seni perpaduan antara pengalaman, keyakinan, logika dan doa. Bukukan pengalamanmu, yakin dengan rakan sejawatmu, logikakan keterangan pesakit dan berdoalah pada yang Maha Agung. Disebabkan seni inilah seorang doktor tak pernah boleh sombong dengan kedudukannya,”.

Dr Farida yang tak pernah lokek berkongsi ilmu
Hee~ Satu lagi mutiara berharga yang saya dapatkan di bahagian ini. Saya masih ingat, sewaktu di RS Labuang Baji, kami pernah dipimpin oleh dua orang doktor. Dr S pernah memberikan ubat yang bagi kami tidak sesuai dengan diagnosa penyakit. Tapi entah mengapa kami tidak berani bertanya. Ketika dipimpin oleh Dr N, kami mengemukakan persoalan itu. Saya melihat wajah Dr N yang berkerut memperkirakan kemungkinan yang mahu dijawab.
“Kenapa kamu tak bertanya langsung kepada Dr S tempoh hari? Saya tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kerana saya tak melihat pesakitnya. Mungkin juga ubat tu diberikan kerana pesakit sudah terkena Allergic Contact Dermatitis akibat minyak yang dia sapu di lukanya,” Dr N akhirnya bersuara tegas.
Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Dr Farida; yakin dengan rakan sejawat. Seni yang saya lihat jelas ada pada Dr N yang begitu yakin dengan kebolehan rakannya. Dan seni itu yang dimiliki oleh doktor-doktor lain sehingga mereka tanpa ragu mampu menyerahkan pesakit masing-masing kepada orang lain yang kadang tidak lebih tinggi dari mereka.
Hmm, rakan-rakan, masih ingat salah satu sumpah kita sewaktu acara penyumpahan upacara gelar doktor muda? “Saya akan menghormati dan memperlakukan teman sejawat yang ikut berperan dalam pendidikan profesi kesihatan dengan baik seperti mana saya ingin diperlakukan“.
Sejujurnya selama sebulan saya di bahagian ini tidak sedikitpun dapat memujuk saya, namun saya masih mampu menggarap apa yang positif yang saya bisa dapatkan. Saya sudah berada di minggu terakhir di bahagian ini. Terima kasih buat semua doktor yang bertungkus lumus memberikan ilmu pada kami. Doakan kami untuk ujian nanti ya. Buat teman-teman kulit, ayo kita selesaikan semuanya minggu ini sebelum memulakan bagian yang jauh lebih rumit selepas ini…
Good luck~!
Dermatology Dept;
Essential tools: Alcohol swab, hand sanitizer, camera (be it digital camera or hp camera, do take nice shots for the skin lesions).
hahahahahaha….lek la, baru darah sket… susah le kalo macamnih caranyer… kalo dah masuk O&G, bedah, darah kuar macam air paip… hohohoho… pastu sah-sah le bukan skabies, tempat dia bukan kat betis… xper,xper, kene lebih banyak bace, ngan diskusi dgn senior… kalo nak masuk peds, makan banyak2 vit-comp… training sket2 untuk stamina…kang ader lagi yg kojol sebab letih sangat kat peds…
p/s: keletihan yg akan dirasakan di peds hanya 1/3 (SEPERTIGA) dari letihnya bagian O&G…. beware!!! nak selamat, blajar ilmu KALASI!!! hohoho
“Menjadi seorang doktor bukan hanya bergantung pada ilmu. Ia merupakan seni perpaduan antara pengalaman, keyakinan, logika dan doa.”
her words are very interesting..
the art of medicine..
actually not only doctor, but all profession can not only rely on its knowledge..
modest…
it’s the art of life..
salam kenal..
dear halaa,
ehmm..nk quote balik ape aneep cakap tue..keletihan kat Anak tu baru 1/3 dari keletihan kat Obgyn..n for me–>thats truely RIGHT aneep!!!
xpe2,obgyn tue lain cite..lame lagikan..skrg ni focus on Anak ^_^ kat Anak ni lain pulak ragamnye..dtg kena on tym sb dr suke absen n kena gerak ngan cepat sb dr biasenye nak macam2 dlm satu tym n anggap kita ni cam robot..huhu..tp percayalah,alah bisa tegal biasa ^_^ bila dah naik minggu atas nnt,u’ll enjoy it dear..seriusly,anak sangat best kalau tak dikira capek n lelahnya dinas n jaga..ilmu n obat utk anak n adult berbeza so kat situlah skillnya..n pujuk derang utk difollowup pun perlukan skill jugak ^_^
klah,i’ve to go..dinas obgyn malam kat bhayangkara..take care dear..miss u much..bile lah nk jumpe korang nih??
salam halaa…
gudluck!!! one day u’ll become a superb doctor…
Salam,
Saja nak meramaikan komentar, kadang-kadang penat dan letih tu only one state of mind. Kalau kuantitatif memang obgyn lebih penat, tapi kalau kualitatif mungkin lebih banyak bagian lain dengan segala urusan dan kesibukan yang kadang-kadang takde kaitan dengan ilmu dan amal itu lebih meletihkan. Penat badan dan lelah jiwa itu boleh bersatu, tapi kalau enjoy, penat tu insya-Allah berkurang, kalau tengok muka pasien tersenyum, insya-Allah terasa jerih payah terbayar, tapi lebih banyak kerana kecapean, kadang-kadang karenah pasien kita anggap sebagai gangguan, kadang-kadang saya rasa macam tu, akan tetapi kalau fikir balik, mereka ini orang sakit, dalam hati istighfar memang ni pekerjaan seorang dokter. Tapi kalau penat dah datang, masya-Allah memang sulit mengekalkan senyum di wajah apabila di tengah malam disuruh jaga pasien kemo. Jadi, latihan kesabaran di sini, insya-Allah berguna bila time HO. hohoho…
Dr, nak tanye lah.. doktor ni doktor kulit ker?
kalo kulit kena Ekzema, ubatnyer camner? lama dah ni sejak kecik.. kat kaki kiri… harap Dr.leh tolong..huhu
another good entry…
those positive points that u highlight from dematology dept. really makes me wondering..
how i blame myself for not taking details of those wise words of our honourable doctors..
juz like u, i do respect those doctors…really miss them soo much.
but I do have a good memories in dat dept..
c u sis in internal medicine dept.
February 13, 2009 at 5:15 pm
salam..
terima kasih sebab da jawabkan soalan yg sy baru nak tanye dkt akak…
curious sbenanye psl bahagian dermatologi..
hehe..
tp setiap department ade cabarannye tersendiri, right?
kne marah, salah diagnose, semua adalah asam garam yg kita kene rasa supaya kita boleh menjadi dokter yang berjaya…
anyway, all da best for ur exam!!
p.s. nape nak pengsan waktu tgk biopsy punch tu???