Satu perasaan yang paling segar di ingatan saya tentang KKN (Kuliah Kerja Nyata) dahulu adalah tentang ‘persepsi‘. Persepsi buruk saya terhadap KKN menyebabkan saya begitu menolak kehadiran rakan-rakan yang ditugaskan seposko (sekumpulan) dengan saya. Kedegilan saya waktu itu sudah tidak dapat dipujuk lagi.
Hurm… Kenapa tiba-tiba ungkit cerita KKN ni? Sebenarnya saya sekarang sedang dalam persediaan memasuki bahagian Dermatology, atau bahasa awamnya bahagian kulit dan kelamin. Kalau sekali dengar, mungkin bahagian ini tak ada apa-apa. Tapi bagi saya yang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Hasanuddin ni, bahagian Dermatology adalah antara bahagian yang paling susah dan sistematik. Sewaktu Mahfuzah memberitahu saya akan memasuki bahagian Dermatology, ada sepercik debaran yang kurang enak dalam hati. Pagi itu saya banyak mendiamkan diri dan mood saya kurang stabil jadinya.
Memang, kami akan memasuki semua bahagian juga nanti. It’s just the matter of time. Tapi rancangan peribadi saya yang kononnya mahu menjadikan Dermatology sebagai bahagian terakhir sudah pasti tak tercapai.
Sedang saya mengerahkan sisi Popular Sanguine saya, saya bertemu sahabat KKN saya. Sang Korcam dan anggota Dokumentasi Posko Kassa. Pertemuan yang singkat, dan kami hanya sempat bertegur sepatah dua kata sebelum berlalu menyambung urusan masing-masing. Namun hanya dengan kemunculan mereka saja sudah cukup memberitahu saya “betulkan persepsi kamu”.
Nono dan Ila
Nono dan Ila merupakan pelajar jurusan Nursing yang bekerja bersama saya di Desa Kassa (Rujuk post ‘My Memorable Kassa Health Crew’). Kedudukan fakulti mereka yang sangat dekat dengan fakulti saya memudahkan kami ‘terserempak’ sesekali.
Sebelum saya mengenali Ila dan sahabat-sahabat posko yang lain, Nono merupakan satu-satunya anggota posko yang saya kenal dan ingat wajahnya. Ada sesuatu dalam diri Nono yang menyebabkan saya agak tertarik dengannya sejak pertama kali bertemu. Mungkin juga kerana pangkat Korcam yang membuatkan saya menghormati dirinya melebihi sahabat-sahabat lain. Malangnya ketaatan saya cuma setakat itu. In the end it only benefits me (perhaps you’ll understand more if you experienced the life).
Sebelum berangkat ke lokasi, saya tidak pernah melepaskan Bajie, Hanafi dan Izzuddin walau seminit (mereka satu kecamatan dengan saya). Reaksi penolakan diri saya saat itu menyebabkan saya menarik diri dari bergaul dengan rakan-rakan seposko. Apalagi seminggu penuh saya mengalami masalah komunikasi gara-gara kurang memahami apa yang dibicarakan oleh penduduk tempatan (termasuk rakan sejawat).
Pernah sekali Iman bertanya apa yang saya tidak suka tentang anggota posko saya. “Annoying sebab terlalu pendiam” – jawab saya selamba. Saya lebih akrab dengan anggota Posko Samaenre, posko Farzaana yang bagi saya lebih menyenangkan. Saya mulai menerima Fitrah, Ardian, Farid dan anggota Posko Samaenre lain tanpa persepsi buruk terhadap mereka.
Bila difikirkan kembali, saya harus akui saya bukan menyukai keceriaan pada Posko Samaenre. Yang saya sukakan tentang posko itu adalah kehadiran Farzaana, sahabat saya. Kalaupun anggota posko saya turut menceriakan keadaan sejak awal, mungkin saya akan jawab pada Iman “mereka annoying sebab terlalu bising”.
Saya terlalu prejudis dengan persepsi awal yang nyata salah. Mujurlah teman-teman posko saya tidak prejudis seperti saya. Mereka tetap menerima sikap saya yang nyata kelihatan sombong di minggu pertama. Hari demi hari saya melihat sikap terbuka mereka, dan saya mulai berubah menerima mereka. Saya perhatikan betapa mereka bertanggung jawab, rajin dan kompeten dengan setiap program kerja yang dirancang. Malah adanya Pak Ali dan Pak Wayan yang sentiasa memastikan kami semua menepati waktu setiap saat menyebabkan saya merasa begitu senang bersama mereka dibanding rakyat Indonesia yang lain.

bekerja di Desa Kassa
Persepsi; Sabar dan Syukur
Kata sebuah buku psikologi, manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat. Apa yang berlaku kepada saya sebelum dan sepanjang berada di Kassa dipengaruhi oleh persepsi awal, terperangkap dalam benak fikiran saya tatkala mendengar cerita yang buruk-buruk dari pelbagai pihak sebelum saya menilainya dengan mata hati sendiri. Apa yang dirasakan adalah hasil dari selangan antara entah pengalaman, budaya atau interpretasi terhadap apa yang saya dengar. Sehingga akhirnya memberikan input pada psikologi minda dan menghasilkan output pada tindakan saya.
Aishah pernah mengatakan kepada saya “cara Halaa cerita tentang anak-anak posko Kassa boleh buat orang jatuh hati walaupun belum kenal mereka”. Hurm… Saya diam lalu tersenyum. Dalam hati saya menafikan. Kalian salah… Ada banyak hal yang saya tak puas hati dengan kawan-kawan posko saya. Apabila nama kami dikelompokkan secara rawak, mustahil semua 13 orang itu memiliki keperibadian yang sama.
Sewaktu saya terpengaruh dengan persepsi, saya cenderung menceritakan semua kesalahan mereka yang terlihat. Namun setelah saya mampu menerima, saya belajar mensyukuri. Setiap kali saya rasa marah dengan teman seposko saya, saya akan mengasingkan diri dalam bilik dan mengucapkan kata-kata sama berulang kali – “Alhamdulillah, nasib baik ada kawan-kawan saya 12 orang ni. Kalau ditakdirkan saya bertugas di sini sendirian, agaknya apalah yang akan jadi pada saya”.

bertolak ke klinik desa
Difikirkan kembali, saya sudah melihat pelbagai tempat dan ragam di dunia ini. Dari England, saya merantau ke Kuala Lumpur. Saya melihat degradasi bandar dan iklim. Dari Kuala Lumpur saya berhijrah ke Kelantan. Kemudian saya ke Melaka yang jauh lebih kecil sebelum saya ke Makassar Indonesia. Saya belajar setiap tempat itu tak pernah sama. Setiap orang pasti berbeza. Dan kunci untuk menakluki perubahan itu hanyalah dengan sabar dan syukur.
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang baik pasti ada buruknya. Dan setiap yang buruk pasti ada baiknya. Hidup akan lebih indah kalau kita dapat menghargai apa yang baik, bersabar terhadap apa yang buruk, dan sesungguhnya kalau kita bersyukur nescaya Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik buat kita.
Persepsi dapat mempengaruhi output seseorang terhadap situasi dan persekitaran, sedangkan sabar & syukur merupakan satu aspek persepsi yang mengimbangi sudut kehidupan. Hasil gabungan keduanya dapat mengarah peribadi menjadi lebih berhati-hati dan menarik. Desa Kassa bukanlah sebuah tempat yang mewah. Desanya terpencil malah saya disodorkan dengan persepsi kampung yang teruk. Sesampainya saya di sana, saya mampu bersyukur kerana ia tidaklah seburuk yang disangka. Kemudian bersabar dengan sedikit kesusahan yang sudah ditakdirkan untuk saya.
Memaksimalkan daya elemen sabar dan syukur dalam persepsi ini menyebabkan saya dapat menerima Desa Kassa dan sahabat seposko saya. Lalu saya mampu menikmati setiap saat saya berada di Desa Kassa yang serba kekurangan itu. Serta menerima dan menghargai semua sahabat saya seadanya sehingga anak-anak Malaysia cemburu dengan kami. Ketahuilah sahabat-sahabatku, it’s all in your mind…

observasi dan pendataan
Dermatology Department
Apa yang saya takutkan tentang Dermatology Department adalah susunan kerja mereka yang sangat sistematik dan kompeten. Doktor di bahagian ini agak tegas dengan tahap ilmu pelajar dan gaya komunikasi. Persepsi saya ini menyebabkan saya agak risau untuk melaluinya. Akan tetapi, disebabkan persepsi saya inilah yang menimbulkan output positif – saya mula belajar sebelum memasuki bahagian.
Inilah satu hal yang secara tidak sedar telah diajarkan oleh rakan-rakan saya sewaktu di KKN. Tatkala Mahfuzah memaklumkan tentang bahagian ini kepada saya, saya merasakan pertemuan singkat dengan Nono dan Ila ditetapkan oleh-NYA agar saya menyedari pengajaran yang saya telah dapatkan sepanjang KKN selama dua bulan. Alhamdulillah, saya mampu mengimbangi persepsi saya. Saya sudah cukup bersyukur kerana berpeluang memulakan alam clinical minggu ini.
Imam Syafi’e rahimahullah sempat berpesan sebelum beliau meninggal dunia; “Redhalah dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubatlah dari melakukan maksiat”. Semoga saya dapat terus menggarap apa yang ditakdirkan baik oleh-NYA untuk saya, amiin~
“Dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu” – Surah Al-Baqarah (2): 216.

Posted by yazidsahak on January 14, 2009 at 1:51 am
nice article ukhti. it’s essential to correlate our knowledge with what we happen to experience in life. Good job! Anyway about the dermatology dept, I don’t really agree with you. This dept most certainly get crazy when it comes to referat/assignment, but for other matters, I would still list dermatology lower in killer-exam dept. have saying this, my exam is about 2 hours, saved by the Jumaat prayer azan. She still wants to continue after the prayer but Alhamdulillah God answered my du’a. We were settled with those 2 hours, after questioning almost through cover-to-cover of the famous red book. Didn’t mean to scare you sis. Well, maybe a bit =) yg penting belajar elok2. Orang lain bole, saya yakin antum semua pun takda masalah insyaAllah. How to learn dermatology? Study the patients!!
Posted by halaa on January 14, 2009 at 9:49 am
owh, yeke? pernah dengar how crazy they are about refarat things and some even said they’re very strict about english usage in their dept… hehe… mungkin saya terlalu terpengaruh dengan ancaman DR Siswanto waktu Pengayaan, jadi agak takut nak masuk bahagian kulit~
thanks for ur clear info though~ glad u shared them. very useful for us..
insyaAllah, we’ll get over it…
Posted by ainul rhy on January 14, 2009 at 10:30 pm
salam…
saye blum lalui dermatology..
tp slame ini di bahagian lain…
kalau saye sdih, satu je yg buat saye keep on going…
senior da leh lalui, knape saye takleh???????
itulah motivasi utama saya
dan moment yg sering saya ulang2 dlm kpale ialah bila lihat senior da grad..
suatu hari nanti, suatu waktu nanti,
kita juga pasti berjaya lalui semuanya
INSYAALLAH
Posted by kawtsar on January 15, 2009 at 4:47 pm
assalamualaikum dear,
td jumpe kt fac x sempat nk borak lame2..sibuk terkejar2..hihihi
as yazid said, dermatology is among the “santai” department in term of jaga lah..yg agak susahnye bile buat refarat sb residents akn periksa ngan soooo detail..words by words sb nnt presentation supervisor akn turun tym pembacaan n resident yg akn kena klo korang x perform..akak dulu pun 1st bagian kul-kel jugak..xm skrg dah OSCE, dah xde penguji so kena blaja btul2 sb marking system sgt berbeza n sgt susah..
tp ape2 pun yg penting kena ikhlas n sabar..lalui je semua yg berlaku ngan SENYUMAN di bibir dan di hati ^_^..insyaAllah semuanya akn nampak mudah bile hati dah mula mengikhlaskn diri utk “berjuang” di medan nih..
take care dear,anythg just contact me..doakn akak jugak kt obgyn nih..
Posted by Helmi Ali on February 7, 2009 at 2:41 am
salam.
Hi,Halaa.pertama mendengar keluhan terdengar mcm kesusahan yg amat. Kalau sekuliah mungkin boleh menolong menelaah tapi berbeza aliran dan cabang.cuma, saya yakin kamu boleh menempuhinya..mungkin bhgn yg paling susah hanyalah sekuat titik lemahnya…sudah ada yg melaluinya..dah ada yg lulus..dan ramai lg yg turut merasa kepayahannya dengan awak sekarang.Jd, buatlah yg terbaik…hanya hati yg nekad saje mampu…awak la tu!
Posted by beby on August 16, 2011 at 4:29 pm
astagga , kampung halaman qu , bahkan ada nenek qu dctw msuk