DeMi PeNa (68): 1

Upacara Gelar Doktor Muda

Posted by: halaa on: January 5, 2009

Sejak akhir-akhir ini saya merasakan masa terus memaksa saya. Seusai majlis kesyukuran perkahwinan sepupu saya, saya dikejarkan kembali ke Indonesia untuk upacara gelar doktor muda sebagai persediaan memasuki alam clinical. Selain urusan upacara, persediaan alat dan kelengkapan saya yang belum sempurna memaksa saya untuk terus sibuk sepanjang hari, ditambah lagi tempoh KITAS (sistem imigrasi di Indonesia) saya sudah hampir tamat dan kami harus memperbaharuinya. Tidak cukup dengan itu, saya disibukkan lagi dengan sebuah program menyambut Maal Hijrah 1430H; Minggu Penghayatan Islam (MPI). Terus disambung dengan program rehlah IMAM-SCI untuk pelajar perempuan Malaysia. Huuh, lelah juga saya dibuatnya. Sampai blog ni pun tak sempat ber’update‘. Hinggalah tahun 2009 menjelang, barulah saya mampu meluangkan masa buat diri sendiri.

 

Sampai ke saat ini minda saya ‘memberontak’ memaksa dikeluarkan segala isi yang sudah terpenjara selama sebulan. Tapi memandangkan begitu banyak yang berlaku, mustahil semua diceritakan dalam satu post.

 

Let’s start with this then. Mengikut tradisi di Indonesia, sebelum pelajar clinical menjalankan tugas di hospital, kami akan menjalani satu rentetan upacara bagi memastikan kredibiliti kami memandangkan pelajar clinical di sini sudahpun setaraf dengan doktor dalam rangka merawat pesakit (kami ada pesakit sendiri dan kami yang menangani mereka dari awal hingga akhir).

 

Sebaik sahaja saya kembali pada tanggal 17 December 2008, saya terus menyiapkan diri untuk upacara pertama; Yodisium. Pagi Khamis, 18 December 2008, saya mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih. Saya tidak pernah tahu apa itu Yodisium, tapi sahabat-sahabat saya yang sudah clinical berpesan, “memang dulu kami tidak pakai baju hitam putih, tapi kami menyesal sebab tak pakai hitam putih“. Sudahnya, kami semua menurut saja. Lagipun, kami diwajibkan memakai kot putih kami, so no big difference anyway.

 

Sampai saja di Ruang Senat Fakulti Perubatan Universiti Hasanuddin, kami dipanggil masuk dan disusun mengikut urutan. Prof Suryani, Pembantu Dekan I, memulakan acara. Saya yang masih terpinga-pinga mendengarkan pengenalan beliau. Tanpa saya menyangka, beliau menyingkap kembali nostalgia kami selama tiga tahun ini. Jerih payah kami memanjat tangga ilmu perubatan untuk sampai ke tahap ini. “You have gone this far” – katanya. Banyak sekali kesukaran dan ranjau sepanjang perjalanan kami untuk sampai ke titik ini. Dari semester pertama, beliau membelek lipatan memori.

 

mengimbas kembali

mengimbas kembali

 

Setelah suasana cukup nostalgik itu, Prof Suryani mula memanggil nama kami mengikut urutan, dan kami berdiri satu per satu sesuai aturan yang dipanggil. Setelah semuanya berdiri, beliau membacakan satu ayat; menyatakan kami semua dinyatakan lulus dan telah mencapai tahap kredibiliti seorang doktor untuk mereka lepaskan ke lapangan perubatan. Lagaknya seorang ibu yang melepaskan anaknya yang sudah matang.

 

Sejenak itu terasa sayu meruntun. Berakhirlah upacara pertama; Yodisium. Hati saya berdetak, inilah rupanya yang dinamakan Yodisium. The black and white outfit represents memories. Alhamdulillah, saya bersyukur sekaligus berdebar tatkala ‘dilepaskan’. Selesai upacara Yodisium, kami berjabat dengan Prof Suryani. Di tubir mata sahabat-sahabatku saya melihat genangan air mata. Mungkin terharu dengan imbauan tadi. Hee…

 

pembekalan slps yodisium - 7 future female doctors

pembekalan selepas yodisium - 7 future female doctors

 

Sebaik sahaja selesai upacara, kami dibawa ke dewan kuliah buat seketika untuk mendengarkan Pembekalan; taklimat tentang sistem administrasi hospital di sini, sekaligus mengingatkan kami tentang nilai murni seorang doktor. Tidak ada yang istimewa dalam aktiviti ini, cuma duduk mendengarkan kuliah seperti biasa. Setelah Pembekalan, kami semua bakal-bakal doktor berangkat menuju rumah Ryzqa, ketua angkatan kami. Asalnya cuma mahu makan saja. Maklumlah, dah tengah hari, laparlah. But it turns out to be more exciting. Look what I got~!

 

a BABY!!! awwww~

a BABY!!! awwww~

 

Happy, happy, happy~ Ngehee~ Dah sangat bahagia bermain dengan baby tu, esoknya kami bangun seawal pagi untuk upacara kedua; Penyumpahan. Bahasa mudahnya, upacara mengangkat sumpah Hippocrates doktor. Kalau upacara Yodisium itu khas buat pelajar batch kami yang seramai 54 orang, upacara Penyumpahan  mempunyai skop lebih besar melibatkan semua pelajar Fakulti Perubatan; doktor muda, doktor umum, doktor specialist dan jururawat.

 

pagi jumaat 19 december 2008

pagi jumaat 19 december 2008

 

Kami mengambil tempat duduk dalam Auditorium Prof Dr Ahmad Amiruddin, Universiti Hasanuddin tersebut sambil menunggu giliran. Kebetulan kami doktor muda mengangkat sumpah paling awal, jadi selesai mengangkat sumpah, kami pun mulalah bergambar dengan posing yang tidak perlu. Huhu… Sesekali kami berdiri menerima sumpah pelajar lain. Penat juga bangun dan duduk berkali-kali. Tapi sudah begitu upacaranya, terima sajalah. Walaupun kemungkinannya kurang, saya masih berharap kami mampu mengamalkan kesemua sumpah yang telah disebutkan. InsyaAllah~ Di upacara ini juga Dekan mengumumkan pelajar terbaik bagi setiap tingkatan. Bagi kami doktor muda, pointer paling tinggi senilai 3.04, huhu rendahnyer~

 

mengangkat sumpah

mengangkat sumpah

 

Tanpa disangka-sangka, sebaik sahaja selesai Penyumpahan, tubuh saya terasa lemah. Demam saya seminggu yang lalu sewaktu masih di Malaysia kambuh semula. Mengikut jadual upacara, kami pelajar-pelajar Malaysia mahu mengambil gambar di studio. Dengan berat hatinya saya terpaksa melepaskan acara itu dan terus berehat di kamar. Mujurlah upacara seterusnya masih berselang empat hari. Jadi saya mengoptimalkan masa saya merawat diri.

 

Alhamdulillah, demam saya tidak lama. Petang hari Isnin 22 December 2008, kami berangkat ke Dewan Baruga Universiti Hasanuddin. Dewan sebesar inilah yang akan menjadi lapangan graduasi kami. Kami akan mengambil gelar doktor muda di sini… Upacara kali ini menggabungkan semua fakulti seluruh universiti ini. Saya sendiri sudah tidak tahu berapa ratus orang yang akan dimuatkan di sini nanti. Mungkin sekitar 1500 pelajar… Petang ini kami datang untuk rehearsal upacara Wisuda esok, sekadar mengetahui giliran dan susunan naik ke pentas.

 

masing-masing sibuk mengatur

masing-masing sibuk mengatur

 

Lalu besoknya kami mula bersiap untuk upacara ketiga yang merupakan upacara utama; Wisuda. Dewan Baruga sudah kecoh dengan suara pelajar dan keluarga yang hadir sejak pagi. Jalan sekitar dewan mulai sesak, susah untuk dilewati. Saya sempat menyapa rakan-rakan KKN saya sebelum ke tempat duduk sendiri. Gembira rasanya bertemu Hasni, Ardian dan Pak Wayan yang turut Wisuda bersama saya.

 

dalam dewan baruga

dalam dewan baruga

 

Upacara dibuka oleh Cancelor Universiti Hasanuddin diiringi nyanyian tradisional kampus. Kemudian kami mengikut giliran mengambil gelar masing-masing dimulai dengan Fakulti Ekonomi dan diakhiri dengan Fakulti Farmasi. Upacara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan choir universiti yang cukup indah mendendangkan beberapa lagu termasuk lagu universiti kami. Pertama kali kami mendengarkan paduan suara yang menggetarkan. Dewan itu gemuruh dengan sorak sorai dan tepukan hadirin atas kemerduan lantunan yang dipersembahkan. Saya sendiri juga turut terpesona mendengarnya.

 

kemeriahan upacara

kemeriahan upacara

 

Berdebar juga saya sewaktu melangkah mengambil gelar doktor muda. Tidak terasa lebih 1500 mata memandang, serba tak kena dibuatnya. Izzat di belakang saya sudah terkekek-kekek melihat tingkah saya yang menggelabah. Nasib baik tak ada kejadian pelik berlaku. Dan ketika fail merah itu beralih tangan, saya terasa satu kelegaan sekaligus satu beban yang entah mengapa seperti berat sekali.

 

me and hasni dearie~

me and hasni dearie~

 

Selesai upacara, saya sempat bergambar dengan kawan-kawan yang ditemui, yang sama fakulti dan yang berbeza fakulti. Nusaibah mengikut saya kembali ke bilik setelah Wisuda memandangkan kami akan keluar ke rumah rakan-rakan kami yang mengadakan jamuan sehari penuh. Saya sempat mengintai isi fail dan dengan perasaan penuh ingin tahu, saya membuka satu CD yang diselitkan dalam fail merah tersebut. Terpampang senarai nama kami yang Wisuda beserta biodata kami berlatarbelakangkan muzik syahdu. Bibir saya tidak puas mengucapkan hamdalah. Dapat dirasakan satu semangat mengalir dalam diri saya.

 

kembali ke apartment

kembali ke apartment

 

Selepas Wisuda, saya disibukkan dengan program MPI dalam rangka menyambut Maal Hijrah. Sehinggalah hari Rabu tanggal 31 December 2008, tibalah upacara kemuncak yang dinantikan kami semua. Akhirnya kaki ini menjejak jua ke dalam hospital yang akan menerima kami. Upacara terakhir ini; upacara Pengayaan sekadar memberi pengenalan kepada selok belok hospital dan mengingatkan kami kembali kepada asas-asas perubatan.

 

finally...

finally...

 

Dari pagi hingga petang kami setia mendengar dan mengamalkan. Sesekali kami berehat dengan makanan dan minuman yang disediakan. Sempat juga ketua jururawat memberikan kami satu permainan; permainan cuci tangan. Ini bagi memastikan kami mencuci tangan dengan betul sebelum dan sesudah menyentuh pesakit. Beberapa orang dari kami dipanggil ke depan dan dipakaikan sarung tangan. Kemudian jururawat tersebut menuangkan gel merah sebagai indicator. Peserta lalu menutup mata dan menggosok tangan mereka dengan cara yang betul demi meratakan warna merah ke seluruh sarung tangan. Dan orang yang berjaya meratakan dengan betul hingga warna merah sekata adalah pemenangnya. Ilman Hasifi goes number one! Whee~!

 

the game

the game

 

Di akhir Pengayaan, kami diberikan satu name tag sebagai identiti kami di hospital sehingga dua tahun akan datang. Terus disematkan di poket white coat saya. Lengkaplah upacara kami sebelum kami sah diterima bertugas. Saya menarik nafas lega, alhamdulillah segalanya berjalan lancar, sesuai ketetapanNYA. InsyaAllah hari Isnin tanggal 12 Januari 2008 saya akan mula bertugas. Semoga saya dapat terus berusaha menjadi doktor muslimah yang baik. Ya Allah, bantulah hambaMu mengutip ilmu di bumi asing ini sebanyak yang termampu. Amiin~

 

pengayaan di ruang IRD

pengayaan di ruang IRD

 

my ID card

my ID card

 

“…Relakan kami padamu negeri,

Izinkan kami bagimu pertiwi…”

- Hasanuddin University choir

17 Responses to "Upacara Gelar Doktor Muda"

salam..tahniah!
brku tau black n white represents memory..
haha..
btw.. cntik gbr ‘finally’ tuh..
classy….
dan akhir kata…
SeLAMaT MEnEMpUH HIDUp BaRu!!!

hahaha… tiba2 letak gambo close up… gambo ‘finally…’ tu ditangkap waktu gambar tu sedang berlari di pagi sebelum start pengayaan. aku ni merepek jer… hehe… see u in the hospital next week, k ainul dearie~

Congratulations and all the best. May Allah always be with you, to give you strength, patient and passion, amin…

thank you so much, my dear ummi~ hehe… berdebar nak menempuh hidup baru.. I’m entering the new phase of MeDiCaL LiFe~! whee~ like Ainul said. ehehe… doakan kakak selalu ek… I miss and love you soooooo much! muahx~

Halaa…..

selamat ya..

tinggal nunggu yang di FKM nih..
siapa lagi namanya yang temen KKN kamu itu?

hahaha..

Ayah dan ummi tumpang bangga dan do’a kami sentiasa mengiringimu. Tahu tak Ammar skrg sudah masuk sekolah tahfiz (asrama). Alhamdulillah, do’akan sama-sama dia menjadi seorang hafiz.. Errr sekolah tu kat Sri Petaling, KL sahaja.

owh yeke? ammar masuk sekolah tahfiz asrama? tumben? cmne bleh setuju duduk asrama plak? hehe… alhamdulillah… tahniah to my dearest brother~ semoga boleh jadi seorang hafiz yg soleh dan cemerlang, amiin~ miss u all so much~

assalamualaikum dear,

Welcome to Co-Ass life..upacara yg halaa cite ni dah byk sgt berubah ngan tym akak dulu..last tym penyumpahan n pelepasan wat kt RKF..skrg da buat t auditorium cantik tuh..dulu xde CD pun,ade buku merah tebal je n dulu xde pun pengayaan..

hope so ngan byk perubahan ni kualiti kt yg bakal b’gelar lulusan UNHAS pun bertambah lah,insyaAllah ^-^

btw,masuk mane dulu??akak insyaAllah 19 ni da msk Obgyn..soooo tough departmnent..baru je abis xm ngan 3 penguji kat IKM..

ps:u look soooo nice in the blue-batik outfit ^_^

waalaikumussalam…

hehe… thanks for your compliment. saya masuk department kulkel (dermatology), kak… hehe… agak menakutkan jugak la, tp somehow semua kena lalui jugak. it’s just the matter of time. so, chaiyok~!

CD tu menarik, kak, saya suka sangat~ neway, time akak kan belum ada auditorium tu… hehe… zaman dah berubah.. ;)

insyaAllah, kita semua dpt meningkatkan kualiti dlm diri kita dan menjadi doktor2 yang kompeten semua… good luck for your obgyn department..! nanti sambut baby baik2~ :)

salam halaa.. omedetouuu!! proud of you, moga halaa istiqamah.. gambate utk next phase ;)

kem salam kat sumayyah etep. ni rumah baru, jemputlah singgah. wassalam.

tahniah halaa…teruskan perjuangan dlm “alam baru” ni. baarakallahulak.

hehehe… c u in dermatology dept..!!

@ainul rhy…..
ehem…ehem…tgok la saper juru foto nyer….
ehehehe~~

hihi.. esah2….
smpt lagi nk ber ‘ehem2′

Salam …kakak,

Tahniah cik gee ucapkan.bila baca tulisan kakak ni rasa mcm cik gee pun ada kat situ gak…lama dah tak buka blog kakak coz bz zgt buka sek ni….actually cik gee dok rmh tok ji…cuti Tahun Baru Cina…tok ayah n tok ji pun tgk gambar2 kakak dgn baju Doktor Muda tu…..congrate sekali lagi…..slmt menempuhi alam baru…good luck!!!!

salam.

Halaa..dah grad?congratz..lots more to do..hehe.lepas nie bleh la pulang berbakti kt Msia.right?

owh.. 2005 rupanya…ingatkan akak 2000.. haha

selamat berkoas…

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

January 2009
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~