Posted by: halaa on: July 7, 2008
Seperti biasa, kebanyakan pelajar tahun tiga fakulti perubatan Hasanuddin University harus menjalani Kuliah Kerja Nyata (KKN) di kawasan pedalaman dalam rangka mengamalkan ilmu yang sudah ditimba selama lebih kurang 3 tahun di fakulti.
Akhirnya tahun ini, KKN untukku tiba jua setelah mendengar pelbagai cerita; yang bagus ada, yang kurang enak pun ada. Kali ini saya dan sahabat-sahabat dihantar ke sebuah kawasan di bahagian Sulawesi Selatan – Kabupaten Pinrang.

Kabupaten Pinrang (yang ditanda kuning)
Pinrang tidaklah sepenuhnya terpencil. Kotanya boleh tahan juga la… Saya yang belum cukup menjelajahi dunia Sulawesi ni agak terkulat-kulat juga mencari lokasi.
Pertama kali pengumuman KKN keluar, saya merungut juga kerana kami mahasiswa dari Malaysia dipisahkan dan dihantar outstation di kawasan yang berlainan. Tak boleh minta tukar tempat pula tu. Macam mana nak hidup sorang-sorang budak Malaysia kat kawasan pedalaman tu? Entah kenapa intuisi saya agak kurang enak.
Saya ditugaskan ke Desa Kassa, Kecamatan Batu Lappa. Agak ke utara, di kawasan pergunungan, antara yang paling terpencil di sekian banyak desa yang menerima pelajar KKN. Sakit juga duduk di situ. Bahasa memang murni bahasa Bugis – yang sememangnya dah tak faham. Public transport memang tak ada.

Peta Kecamatan Batu Lappa - Tanah Tinggi Kelurahan Kassa
Sudah seminggu saya di sana, hari ini saya pulang barang sehari dua untuk menemani seorang sahabat – Bajie – untuk menduduki ujian akhir Acupuncture. Sekaligus merehatkan fizikal dan rohani seketika. Kebetulan Bajie juga ditugaskan di Kecamatan Batu Lappa, tetapi di desa yang berbeza – Desa Batu Lappa (lebih terpencil lagi – line telefon pun tak ada).
Alhamdulillah, setakat ini walaupun ketiadaan public transport, Desa Kassa tidaklah seburuk yang disangka. Paling tidak, anggota kumpulan saya yang ditugaskan bersama saya sangat mendukung menyebabkan saya tidak merasa terlalu terasing di bumi garuda ini. Kesihatan penduduknya juga tidaklah terlalu bermasalah (senanglah kerja kitorang nanti. Hehe…).
Pun begitu, baru seminggu bermusafir ke pedalaman, sudah beberapa SMS dari sahabat Malaysia masuk bertanyakan soal agama… Mungkin mereka baru terdedah kepada masalah-masalah ini menyebabkan mereka merasakan sedikit kesulitan menanganinya. Nampak gaya saya kena bawa buku agama ni. Kot-kot orang tanya, hehe… InsyaAllah, kalau ada masa, saya akan share persoalan-persoalan tu semua dalam blog ni macam biasa.
Lusa saya akan kembali ke Desa Kassa. Masih ada sebulan setengah untuk dihabiskan di sana. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, semoga Allah merahmati perjalanan ini dan melindungi kami dari sebarang keburukan; zahir dan batin. Dan semoga kami dapat menjalani KKN kali ini dengan niat yang ikhlas… Amiin…
“Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan suatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), dan kepada Tuhanmu, berharaplah” -Surah Al-Insyirah (94): 5-8.
Doakan kami, bakal doktor-doktor Malaysia di sini…
salam ukhti dalili, do u know bajie?? sharifah bazilah ke? hopefully tak salah org. she’s one of my best fwen kat matrik melaka dulu. =)
nway, smoga tabah ya. memang bukan mudah nak jd doctor nii..fhm2..but its ok. Allah always be with us rite?
kenal sgt..nanti kem slm kat dia ye. ckp shi kem slm. shi rindu banget sama dia..hehe..what a small world kan. alhamdulillah.
samela, bc blog awak pun shi jd tambah semangat sbb kite seperjuangan. walau amik cabang yg berbeza di tmpt yg berbeza dan latar belakang yg berbeza, namun kite tetap sama iaitu dijadikan Allah di dunia ini tuk menjadi khalifah.
wassalam
oh, ni lah dia kassa nye.. selamat bertugas, moga Allah melindungi (:
salam perjuangan…
Pun begitu, baru seminggu bermusafir ke pedalaman, sudah beberapa SMS dari sahabat Malaysia masuk bertanyakan soal agama… Mungkin mereka baru terdedah kepada masalah-masalah ini menyebabkan mereka merasakan sedikit kesulitan menanganinya. Nampak gaya saya kena bawa buku agama ni. Kot-kot orang tanya, hehe… InsyaAllah, kalau ada masa, saya akan share persoalan-persoalan tu semua dalam blog ni macam biasa.
i’m waiting 4 the next post…jgn pakai bhs bugis dah la
nice sharing story…
ana send email ucapan utk polaroid ke email IPEM.syukran
July 7, 2008 at 2:00 am
ha.. ha.. jadi oghe bugis terus la mu duk ssitu.. jange lupo kelik deh.. oghe mesia rindu doh.. =P