DeMi PeNa (68): 1

Catatan Perjalanan; Sorowako III

Posted by: halaa on: June 27, 2008

Ahad, 22 Jun 2008, 5:00 a.m

 

Kami dikejutkan pagi oleh azan Subuh. Peserta lelaki yang solat berjemaah mengheningkan suasana. Saya yang sudah cukup rehat sempat solat dan mandi seawal pagi. Mereka yang membanting tulang hingga lewat malam, terus menyambung peraduan barang seminit dua. Terbit juga rasa bersalah kerana tidak turut serta membantu mereka semalam. Haih~~

 

Sarapan dengan hidangan udang yang sangat banyak membekalkan tenaga yang cukup untuk kami mula beroperasi hari ini. Sambil makan, saya terpana saat pertama kali melihat abang Aswadi. Tidak berkelip mata saya untuk seketika. Hmm? Handsome sangat ke? Hehe… Bukan masalah handsome (walaupun memang handsome), tapi wajahnya persis wajah Aswadi. Saling tak tumpah! Seperti kembar lagaknya sehingga Ryzqa pun tertukar. Saya tidak dapat mencari garis wajah yang membezakan mereka berdua. Mungkin hanya berbeza pada rambut; rambut abangnya lebih kemas sedikit.

 

Abang Wadi ke tu?” saya mencuit Ainul di sebelah. Ainul mengangguk sambil tersengih, “Sama sebijik, kan? Tu belum tengok abang dia lagi dua orang di Amerika sekarang,”. Dalam hati saya memuji. Keluarga Aswadi memiliki prestasi yang cukup tinggi juga. Abangnya yang ini juga sudah sampai ke pelbagai penjuru dunia. Boleh bertutur bahasa Spain lagi – katanya dia paling suka Sepanyol dari banyak negara yang dia sudah jelajahi. Tidak hairanlah Aswadi lahir dengan peribadi yang berfikiran luas.

Dewan operasi sunathon Angkona

Dewan operasi sunathon Angkona

Jam 8:30 pagi, kami menyiapkan ruang operasi sambil berusaha menenangkan ‘pelanggan’ yang ramai. Aswadi agak terlambat sampai kerana mengambil bekalan kelengkapan dari Desa Mangkutana. Alfian, Muhaimin, Amri dan Amel pula awal-awal lagi sudah bertolak ke Desa Tampinna atas permintaan penghulu kampung, menjalankan sunathon di desa terpencil itu.

Persediaan; Bilik Operasi Ke-2

Persediaan; Bilik Operasi Ke-2

Setelah mendapat taklimat ringkas dari Ikha, kami memulakan sunathon pada pukul 9:00 pagi. Pelbagai ragam dan umur dapat dilihat. Ada yang menangis, meraung, menjerit, pengsan pun ada. Ada juga yang tenang mengalahkan air di kali. Ragam mak bapak pun macam-macam. Ada juga yang memarahi kami kerana membuatkan anak mereka menderita (?).

 

Adik sudah pernah sunat?” ramah Aswadi menegur anak kecil yang terbaring di hadapannya. Dia yang datang agak terlambat terus memanggil Herlambang untuk membantu di Meja 8. Saya yang bekerja di bahagian ubat turut dipanggil bersama mereka untuk membantu mengurus peralatan non-steril.

 

Jenuh juga membantu mamat seorang ni. Lembut hatinya bukan main. Pantang budak menangis, kerjanya pasti terbantut. Malah setiap kali selesai, dia akan mendukung anak itu turun ke bahagian ubat. Haih~~ terpancar ciri ‘macho’ seorang ayah pada diri Aswadi. (Ainul, I’m giving credits to Wadi ni. Dia boleh jadi ayah yang baik. Hehe…)

 

Masa terus berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul 4:00 petang ketika Alfian, Muhaimin, Amri dan Amel kembali ke Angkona. Kami menyambut mereka penuh kesyukuran. Keletihan jelas terpancar di wajah mereka. Mana tidaknya, mereka meredah jalan tidak bertar yang dipenuhi batu dan tanah sejauh 30 km untuk tiba di Desa Tampinna yang terpencil itu.

_____________________________________________________________________

* Catatan perjalanan untuk hari ini bersambung ke post lain. Hari yang paling mencabar. Huhuhu…

** Hajatnya nak ambil gambar Aswadi dan abangnya berdua, tapi mereka sama-sama pemalu. Hmm, perangai pun sama, masyaAllah…

*** Bahasa yang digunakan sudah diringkaskan dari loghat Makassar untuk senang difahami.

**** Konflik sepanjang program sudah diringkaskan. Masih banyak masalah yang timbul namun berjaya diatasi.

6 Responses to "Catatan Perjalanan; Sorowako III"

kalau dah sampai tertukar muka, bukan adik bradik dah namanya tu….. kembar ek??

bukan kembar~~ abang dia tu~~ katanya beza 6 tahun… :)

Haha…lawak…ni mcm artikel promo wadi n brothers je..bahaya kalo empunya diri baca ni…
Haa…skrg sy pun boleh buat artikel kurg lebih cmni(yelah, sejak satu posko dgn wadi ni)…tp dh terlmbt…orgnya dh berpunye…hehe

ada yg patah hati tu, iman… hehe… sy x mau wadi, nak abang dia je… haha… bercanda saja nah… gak mau deh sama mereka. cuman menghargai teman2 ja baru saya tulis artikel ini… masi mau menghargai teman KKNku kok… aduh~~ kangen banget sama Kassa nieyh… huwaaa!!!!!

td sev tegur. dia suruh bace entry ni. mase akak tulis ni sy blum ade blog kot. xpnah bace lak. oh, bocor rahsie aku. tp xpe. i’m open. suke je cara kak halaa tulis. huhu… windu dgn kucing wadi, lah !!! (ke kat tuan dia?) hahahaha… semua ini hanya gurauan semata2. harap maklum

haha… akak pown da lupa da penah tulis psl ni. best gak mengenang apa yg dah dilalui dulu. patut la sev tanya sapa yg patah hati ari tuh. hehehe… just kidding~ saja je mengusik… skali skala… someday we’ll just laugh at it… kpd semua teman2 yg baca, itu cuman main2 ya… haha.. jgn ambil serius… :P

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

June 2008
S M T W T F S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~