DeMi PeNa (68): 1

Catatan Perjalanan; Sorowako II

Posted by: halaa on: June 26, 2008

Sabtu, 21 Jun 2008, 8:00 a.m

 

Tepat 12 jam perjalanan kami, akhirnya kami selamat tiba di Desa Mangkutana, Sorowako di bahagian Luwu Timur. Dua kali kami berhenti di Maros dan Palopo, namun sempat juga tiba seperti yang dijadualkan, alhamdulillah.

 

Semua peserta dari tiga bas akhirnya dikumpulkan dalam dewan untuk memberi salam kepada Camat (kalau di Malaysia Camat tu sama macam YB, wakil rakyat). Kami 9 orang berkumpul kembali. Bisinglah kami tentang pakatan soalan dan nota kami. Maklumlah, sepulang sahaja ke Makassar, kami akan menduduki peperiksaan akhir. Memang sudah berniat untuk bercuti sambil belajar sahaja.

 

Pagi itu kami dikejutkan dengan sebuah berita; kami akan sekali lagi dipisahkan kepada 3 buah desa. Punahlah habis semua rancangan kami untuk berkongsi nota dan belajar bersama. Apa lagi, membebel kami menunjukkan ketidakpuasan hati.

 

Mahu tidak mahu, kami terpaksa akur dalam paksa. Beratnya hati melihat Aisyah, Balqis dan Mahfuzah mendaki bas menuju Desa Wasuponda, 3 jam dari situ. Saya, Ainul, Nusaibah dan Atiqah juga menyusul menuju destinasi, Desa Angkona. Azlan, seorang mahasiswa Malaysia yang tertinggal bas ke Wasuponda turut bersama kami ke Angkona (kesian, Alan kena tinggal. Hehe…).  Hanis dan Sofia pula hanya berlegar di sekitar Desa Mangkutana, kerana sudah ditetapkan mereka kekal di desa itu.

 

Sepanjang perjalanan dalam bas, saya sempat muhasabah diri. Rasanya terlalu banyak ketidakpuasan hati sejak memulakan program sehingga saya banyak merungut. Niat awal pun dah salah, macam mana nak mendapatkan ketenangan hati. Program ini program bakti sosial, bukan program bercuti. Sungguh, niat itu sangat mempengaruhi tindakan. Patutlah Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa amalan itu bergantung kepada niat.

 

Kita istighfar balik, Nusaibah. Betulkan niat, kita datang untuk berbakti. Bukan bercuti,” ujarku kepada sahabat seusrahku yang duduk di sebelah. Lalu saya cuba ikhlaskan niat kembali. Bahaya juga kalau hati sudah dicemari.

 

Selama di Desa Angkona, kami akan menginap di rumah Aswadi, rakan sekuliah kami. Aswadi jugalah yang paling ceria menyambut kedatangan kami. Keluarga Aswadi juga menyambut dengan sangat ramah. Tidak sukar kami menyesuaikan diri di rumah itu. Rumahnya agak luas dengan rekaan yang fleksibel. Sangat sesuai dijadikan penginapan rombongan.

 

Kami disajikan dengan makan tengah hari. Tiada aktiviti khusus untuk hari pertama. Kami hanya berbual beramai-ramai, minum petang, belajar, saya sendiri sempat juga membaca buku agama yang saya bawa bersama. Malam itu kami membakar ikan untuk makan malam. Itulah pertama kali saya kenal rapat dengan beberapa rakan Indonesia lain walaupun sudah 3 tahun kami belajar di kuliah yang sama.

 

Setelah semuanya selesai mandi (dua bilik airnya luas, bersih dan sgt selesa), Dr Yenny (Islam tau), pembimbing kami memberikan taklimat untuk sirkumsisi esok. Sekali lagi kami dikejutkan dengan berita kelengkapan yang tidak cukup disediakan oleh Puskesmas (kalau di Malaysia Puskesmas tu sama macam klinik kesihatan). Tiada sarung tangan steril, anestesi Lidocaine kurang, kapas pun terbatas. Ditambah pula jumlah kanak-kanak yang mendaftar untuk disunatkan mencecah 130 orang. Buat pertama kali saya melihat wajah Alfian yang terganggu (Biasanya cool je. Hehe…).

 

Saya sendiri kurang pasti apa yang dapat saya tolong. Kebanyakan peserta membantu membalut kapas kepada bentuk sedia pakai. Alfian segera meminta 5 orang dari kami, para peserta untuk turut bersamanya ke Puskesmas malam itu juga untuk menyelesaikan masalah. Nusaibah dan Ainul bersetuju untuk membantu. Atiqah sudah kembali ke kamar menyambung pembelajaran. Saya yang sudah mengantuk terus tertidur di atas katil.

_____________________________________________________________________

* Konflik sepanjang program sudah diringkaskan. Masih banyak masalah yang timbul namun berjaya diatasi.

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

June 2008
S M T W T F S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~