DeMi PeNa (68): 1

Catatan Perjalanan; Sorowako I

Posted by: halaa on: June 26, 2008

Jumaat, 20 Jun 2008, 5:00 p.m

 

Setelah seharian saya tidak keruan memikirkan keputusan untuk menyertai program batch kami ini, akhirnya saya membulatkan tekad untuk pergi walaupun Rabu depan ada peperiksaan final menanti. Program ini adalah program bakti sosial terakhir batch kami, pelajar perubatan Hasanuddin University Class of 2010. Free pulak tu. Mana mungkin saya melepaskan peluang keemasan ini. Lalu saya bersama 8 orang sahabat mahasiswi Malaysia sudah siap sedia untuk bertolak jam 5:00 petang seperti yang diarahkan urusetia program.

 

Kawasan kampus waktu itu kelihatan lengang. Urusetia juga masih belum tiba. Kami 9 orang berleseh di kawasan taman sambil meletakkan bagasi kami setempat. Tidak lama, rakan sekuliah kami, Ryzqa muncul membawa bekalan makanan rombongan.

 

Di taman rehat kampus perubatan

 

Sudah lama? Aduh, maaf ya. Bisa tolong angkat makanannya?” seperti biasa Ryzqa yang kalut itu terkocoh-kocoh mendapatkan kami. Ryzqa seorang pemuda Indonesia yang baik hati dan bertanggung jawab walaupun sedikit kekanak-kanakan (agak comel juga. Hehe..). Dialah ketua batch kami selama tiga tahun ini. Dia juga sangat disenangi kerana keramahannya dan sering menghormati orang lain.

 

Usai solat Asar, kami menunggu hingga Maghrib. Tunggu apa? Tunggu semua peserta tiba. Hehe… Janjinya pukul 5, tapi ramai yang masih belum sampai. Biasalah tu. Sempatlah menunggu hingga solat Isya’ sebelum bertolak. Disebabkan sudah lewat, para peserta terus mengisi perut, makan malam.

 

Kami 9 orang mahasiswi Malaysia sudah mengangkut barang naik bas. Semangat betul (sila baca dengan nada Ryzqa. Hehe…). Rupanya urusetia sudah membahagikan peserta kepada tiga bas  dan kami turut terpisah. Lalu turunlah kami untuk bertukar ke bas masing-masing yang telah ditetapkan. Agak kesal juga. Kami sudah penat-penat menyusun tempat, alih-alih kena turun pula.

 

Akhirnya pukul 8:00 malam jam berdetik, bas kami bergerak juga meninggalkan kota Makassar. 3 jam terlewat dari yang dijanjikan. Sedikit sebanyak mengganggu mood saya juga. Sudahnya, saya lentokkan kepala melayan tidur walaupun malam masih muda.

 

Kok sudah layu? Baru jam berapa ini?” sempat Japrak mengusik. Namun saya hanya tersenyum sebelum terbang dari alam realiti.

 ____________________________________________________________________

* Bahasa yang digunakan sudah diringkaskan dari loghat Makassar untuk senang difahami.

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

June 2008
S M T W T F S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~