Posted by: halaa on: June 30, 2008
Bahagian akhir
Selasa, 24 Jun 2008, 8:00 a.m
Setelah 14 jam perjalanan dari Wawondula ke Makassar, kami sampai ke Makassar Town Square, alhamdulillah. Home sweet home~~ Kami sempat berhenti 3 kali sepanjang jalan; di Perhentian Bas Sorowako untuk solat Maghrib dan Isya’, di Malini untuk makan malam, dan di Pekkae untuk solat Subuh. Uniknya bas express yang [...]
Posted by: halaa on: June 29, 2008
Isnin, 23 Jun 2008, 6:00 a.m
Setelah solat dan mandi, Dr Rosmini mengajak kami sarapan. Berselera kami makan, siap bungkus lagi. Hehe… Setelah selesai bersiap, pukul 8:00 pagi itu kami menaiki ambulans kembali ke dewan Camat Wasuponda. Akhirnya kami 9 orang mahasiswi Malaysia kembali berkumpul.
Bas yang mengangkut kami belum tiba. Maka kami belajar sebentar di playground [...]
Posted by: halaa on: June 28, 2008
Ahad, 22 Jun 2008, 4:00 p.m
Jumlah kanak-kanak yang masih belum disunatkan di Angkona masih sekitar 40 orang.
“Kamu sudah mau kerja, Fian? Tidak capek (letih)?” saya bersuara risau apabila Alfian menyarung sarung tangan steril dan memanggilku dari bahagian sterilisasi untuk membantu di Meja 5.
“Ndak apa-apa ji. Masih banyak yang belum selesai. Buka meja baru nah,” Alfian [...]
Posted by: halaa on: June 27, 2008
Ahad, 22 Jun 2008, 5:00 a.m
Kami dikejutkan pagi oleh azan Subuh. Peserta lelaki yang solat berjemaah mengheningkan suasana. Saya yang sudah cukup rehat sempat solat dan mandi seawal pagi. Mereka yang membanting tulang hingga lewat malam, terus menyambung peraduan barang seminit dua. Terbit juga rasa bersalah kerana tidak turut serta membantu mereka semalam. Haih~~
Sarapan dengan [...]
Posted by: halaa on: June 26, 2008
Sabtu, 21 Jun 2008, 8:00 a.m
Tepat 12 jam perjalanan kami, akhirnya kami selamat tiba di Desa Mangkutana, Sorowako di bahagian Luwu Timur. Dua kali kami berhenti di Maros dan Palopo, namun sempat juga tiba seperti yang dijadualkan, alhamdulillah.
Semua peserta dari tiga bas akhirnya dikumpulkan dalam dewan untuk memberi salam kepada Camat (kalau di Malaysia Camat [...]
Posted by: halaa on: June 26, 2008
Jumaat, 20 Jun 2008, 5:00 p.m
Setelah seharian saya tidak keruan memikirkan keputusan untuk menyertai program batch kami ini, akhirnya saya membulatkan tekad untuk pergi walaupun Rabu depan ada peperiksaan final menanti. Program ini adalah program bakti sosial terakhir batch kami, pelajar perubatan Hasanuddin University Class of 2010. Free pulak tu. Mana mungkin saya melepaskan peluang [...]
Recent Comments