DeMi PeNa (68): 1

Kemuliaan Yang Terkubur

Posted by: halaa on: May 6, 2008

Alhamdulillah, akhir-akhir ini, sahabat-sahabat saya semakin berminat mendalami sejarah dunia dan Islam sendiri. Ada juga yang bertemu dengan saya untuk berkongsi pemahaman bacaan mereka. Isu paling kerap dipersoalkan adalah tentang kejatuhan zaman Khulafa Ar-Rashidin di tangan Muawiyah bin Abu Sufian. Benarkah beliau merampas takhta kepimpinan dari Majlis Syura? Mengapakah beliau begitu berkeras menegakkan sistem kepimpinan berketurunan?

 

Mahu bagaimanapun juga, berapa kali pun ditanya, jawapan saya tetaplah sama. Sudah berapa buku saya baca perihal sejarah zaman imperialisme moden dalam Islam. Malah sekian lama menyusuri ilmu sirah dan tarikh Islam di MMP, itu sajalah versi yang tercatat di dalamnya. Seolah-olah itulah kesalahan yang benar-benar terjadi suatu masa dahulu.

 

Suatu ketika dulu, saya kurang mengambil berat tentang racun pemikiran ini. Pernah seorang junior di MMP bertanya, “Kenapa YIK tak menukar sukatan yang seolah-olah menghina Muawiyah?” (wah, saya bukan pegawai YIK, wahai adikku… hehe).

 

Pertamanya, perlu kita ingat bahawa Muawiyah r.a adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang semestinya perlu kita hormati. Beliau merupakan salah seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam. Dari fakta ini sahaja sudah menunjukkan keyakinan Rasulullah s.a.w terhadapnya.

 

Sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka.” (HR Bukhari)

 

Beberapa athaar yang indah dari sahabat Rasulullah s.a.w terbuku dalam kitab ‘Al-Bidayah Wan Nihayah‘ menceritakan kemuliaan yang hampir terkubur dek pemikiran yang tertanam sekian lama.

 

Ketika berada di Masjid Nabawi, sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a berkata : “Tidak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Saidina Uthman daripada tuan pintu ini (Muawiyah) -Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 m/s 133

 

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a berkata: “Tidak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Muawiyah” -Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 m/s 135

 

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya: “Apa kata tuan tentang Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Muawiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah s.a.w itu sahaja pun lebih  baik dari Umar bin Abdul Aziz” -Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 m/s 139

 

Seketika saya terfikir, bukanlah untuk membandingkan sesiapa. Tidak layak diri ini membandingkan sosok-sosok agung yang jauh mengatasiku. Namun inilah fakta yang tenggelam dalam kamus sejarah kita. Fikiran kita sudah tertutup dengan fakta Muawiyah sebagai ‘pengakhir Khulafa Ar-Rasyidin‘. Apa yang terkenal, yang  kita ingat dan kita sebarkan ialah Muawiyah yang berkeperibadian buruk.

 

Ahmad Al-Usairy dalam karangannya ‘Sejarah Islam‘ sudah menggambarkan peribadi Muawiyah secara tersirat. Beliau dilantik sebagai gabenor di Syam oleh Saidina Umar r.a dan tidak pernah dilucutkan dari jawatan tersebut selama 20 tahun sehingga merentasi zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a. Apatah lagi memikirkan betapa ketatnya syarat Saidina Umar r.a dalam memilih gabenornya, seharusnya kita faham betapa teliti dan cermatnya gerak kerja Muawiyah r.a.

 

Di zaman pemerintahannya, Muawiyah r.a telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Beliau telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia, melepasi daerah Cyprus ke utara.

 

Seharusnya yang patut kita lihat pada seseorang itu bukanlah pada kelemahan yang pasti ada pada setiap insan, namun kelebihan dan kebaikannya yang memberi impak besar kepada diri kita.

 

Kalaulah bukan kerana Rasulullah s.a.w, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam dahulu kala, pastilah Islam tidak akan berkembang sepesat ini. Pastilah Islam tidak akan tersebar ke seluruh penjuru dunia. Dan pastilah tidak lahir kita dengan hidayah Allah. Hidayah yang kita peroleh hari ini adalah hadiah paling berharga dari ummat Islam terdahulu buat kita. Maka, apakah kita tidak mahu berterima kasih?

 

Wallahualam…

8 Responses to "Kemuliaan Yang Terkubur"

salam perjuangan…

ana pernah membaca buku tulisan dr asri zainal abidin, menangkis serangan terhadap tokoh – tokoh islam kalau tak salah ana.

dikatakan bahawa musuh – musuh islam dari kalangan syiah sengaja mereka cerita untuk mencemarkan nama baik muawiyyah kerana merkea ingin menyuntik racun dalam pemikiran umat islam bahawa al quran yang ada pada hari ini tidak boleh diterima pakai kerana peribadi muawiyyah selaku pencatat wahyu sendiri begiru buruk.

wallahu a’lam…

byk salah faham antara umat islam..anak muawiyyah, Yazid pun di tuduh musuh Islam atas persengketaan dengan cucu Nabi. sedangkan tidak ramai yang tahu cerita apa yang terjadi di sebalik peristiwa bersejarah itu. yg penting saya tak berani nak ke iran.huhu

ulasan yang menarik~mungkin boleh detailskan sejarah Muawiyyah ni utk informasi pada sahabat2 yg belum tahu :)

.mereka adalah golongan yang dijanjikan syurga lewat lidah Rasul,kalaupun ada kesalahan,itu kerana faktor basyariyyah. Jadi yang lebih penting untuk kita tau bukan apa polemik yang terjadi melainkan sumber yang kita dapat betul2 sahih(which is very hard nowadays)…tetapi APA YANG MEMBUATKAN PARA SAHABAT termasuk Muawiyyah DAPAT SYURGA

sebenarnya racun pemikiran syiah dah banyak tersuntik dlm budaya ahli sunnah wal jamaah, bukan hanya pasal muawiyah. sukatan pelajaran di malaysia pun seolah-olah mendukung pemikiran2 ni. mungkin kerajaan pusat dan negeri perlu duduk dan gubal kembali sukatan agar lebih bersifat mendidik peribadi sebenar seorg muslim, yg mengarah kpd tujuan yg mcm abu farhat ckp tu.

details sejarah muawiyah mmg akan ditulis nanti, jwisa.. hehe… nantikan kemunculan buletin IMAM-SCI keluaran akan dtg ya…

yeah..can’t wait 2 read it~ :)

subhanallah ukhti..
solafussoleh..kisah2 mereka pasti akan buat diri ini menangis terharu..

jzkk atas post yg sgguh bermakna ini..

sekadar kongsi dgn sahabat2:-)
at taubah:100, al waqiah:10
sesungguhnya merekalah yang benar2 telah dijanjikan syurga oleh Allah swt, malah berkali2 Allah memuji2 mereka dalam Al Quranul Karim..

maka..siapalah kita untuk mencerca mereka?
na’uzubillah hi minzalik

subhanallah… masukan yg bagus sekali, ukhti… syukran jazilan~~

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

May 2008
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~