Posted by: halaa on: April 21, 2008

Minggu ini usrah kami disodorkan dengan sebuah perkhabaran yang entah gembira atau duka. Naqibah kami akan berganti, dan kami akan dididik dengan sentuhan Indonesia. Bagaimana agaknya tarbiyah Indonesia? Saya sendiri juga ternanti-nanti.
Masih terbayang senyuman Kak Kawtsar melihat reaksi kami. Ada yang teringin, ada yang tidak mahu. Maaf, ya, Kak Kawtsar… Setelah sekian lama, anak-anak usrahmu masih juga belum matang.
“Akak beritahu ustazah, kami ni ilmu tak tinggi langsung, ibadah pun tunggang langgang, akhlak teruk, tak serius, feqah tak sensitif, bla… bla… bla…” sedozen pesanan kami pada Kak Kawtsar seolah-olah kamilah manusia paling hina atas muka bumi ini.
Jiwa saya berperang. Awalnya sedikit pun saya tidak kisah. Mahu Kak Kawtsar atau ustazah, asalkan saya dapat terus meng’islah‘ diri saya. Tapi entah mengapa saat keputusan dibuat, hati saya memberontak. Seolah-olah satu beban penyempurnaan hinggap di bahu.
Suatu ketika dulu saat saya diusulkan untuk dinobatkan sebagai naqibah, mati-matian saya menolak. Rakan-rakan seperjuangan yang ber’halaqah‘ bersama dalam syura itu terasa menekan dan menyesakkan. Kak Hidayah sudah memandang penuh harap. Hampir-hampir saya menangis, merayu agar beban itu digugurkan. (Saya lupa, mungkin hakikatnya saya sudahpun menangis. hehe…) Kenapa saya? Minda saya meronta.
Sampai satu tahap, saya sempat berfikir untuk futur sahaja. Ilmu saya terlalu sedikit untuk turut sama menjunjung perjuangan bersama mereka. Ibadah saya masih belum sempurna. Akhlak saya belum lengkap terbina. Siapalah saya untuk berada sebaris dengan mereka.
“Yakinlah keputusan syura yang terbaik. Allah takkan salah memilih orang,” nasihat Kak Munee terasa menyucuk diri. Tinggi sekali harapan mereka kepada diri yang rendah lagi hina ini. Kerisauan membaluti, takut dan bimbang jika saya mengecewakan mereka.
“Datang tau, Halaa. Kami tunggu,”, “Solat istikharah dulu. Kita kan orang Islam. Minta nasihat dari Allah,” itulah sahabat-sahabat seusrahku. Sungguh, mereka amat memahamiku. Dan saya tahu sayangnya mereka terhadapku kerana Allah. Pasti mereka tidak mahu tarbiyahku terhenti.
Malam tadi hatiku nekad. Saya akan meneruskan apa yang termampu. Saya akan mengekor mereka walau harus merangkak. Namun kerana khilafku jauh ketinggalan dari antunna semua, mungkin gerakku lebih lambat. Terkadang saya mungkin tersungkur, pimpinlah saya kembali. Walau pahit mengiringi, teguhkanlah diri.
Buat naqibahku, sahabat-sahabat dan anak-anak usrahku;
Fahamilah~ Diriku tidak sempurna…
Ya Allah… Thabbit qalbi ‘ala dinik…
Iman memerlukan baja utk tetap subur. semoga ukhuwah kita menjadi salah satu bajanya..
salam halaa
insya allah
thabbit qalbi ala dinukum…
salam halaa.. i trust in you.. (:
“waj’alna lilmuttaqeena imaama”
tidak ada apa yg perlu digusarkan.
tidak ada apa yg perlu dikhuatirkan.
raihlah peluang yg ada di bumi merah putih.
tidak mengapa tarbiyyahnya dari sang dosen.
akak pun begitu juga.
bahasanya, menyentuh hati, menggamit jiwa, menusuk kalbu.
mungkin, beza penyampaian, dan alhamdulillah, akak prefer indonesian.
naqibah usrah akak pun dosen histo.
April 24, 2008 at 1:56 am
InsyaAllah…saya pun hamba Allah yg lemah. Sama-sama saling menguatkan! Kita tempuh semua bersama…