“Ammar kata bagilah dia hadiah,” ummi saya berseloroh. Hari ini merupakan hari jadi adik bongsu saya yang ke-12. Hmm… Sudah 12 tahun ya. Terasa baru semalam dia lahir membawa keceriaan dalam keluarga kami. Tanpa sedar, dia sudah mahu menjejak ke alam remaja. Melalui satu zaman yang sudah saya tinggalkan. Indahnya masa remaja dihiasi dengan [...]
Archive for April, 2008
21 Apr
Fahamilah~ Diriku Tidak Sempurna
Minggu ini usrah kami disodorkan dengan sebuah perkhabaran yang entah gembira atau duka. Naqibah kami akan berganti, dan kami akan dididik dengan sentuhan Indonesia. Bagaimana agaknya tarbiyah Indonesia? Saya sendiri juga ternanti-nanti. Masih terbayang senyuman Kak Kawtsar melihat reaksi kami. Ada yang teringin, ada yang tidak mahu. Maaf, ya, Kak Kawtsar… Setelah sekian lama, [...]
20 Apr
Buah Hatiku~~ dedicated to ummi~~
Dalam usrah, isu ibu dan bapa hampir kerap dipersoalkan. Terkadang soalannya sama berulang-ulang. “Ibu saya suka sakitkan hati saya“, “Ibu dan ayah saya selalu bergaduh, yang mana harus saya ikut“, “Mak bapak sekarang dah tak macam mak bapak dulu“. Barangkali, status naqibah hampir setaraf dengan status kaunselor, ya? Hehehe… Saya sering menyatakan dengan tegas, [...]
19 Apr
Woman In Black
Masih segar di ingatan, saat bertemu sahabat-sahabat lama yang turut bersama menyusuri zaman remaja di MMP. Rancak perbualan kami hingga tidak lagi memperhatikan orang ramai di sekeliling. Masing-masing ada cerita baru yang mahu dikhabarkan. Tanpa disedari seorang sahabat lama memerhati diri ini. “Wajibkah wanita Islam memakai pakaian berwarna hitam?” terpacul pertanyaan itu tatkala saya membalas [...]
15 Apr
Daruratkah Kita?
“Halaa, I think you’re going here and there in your explanation. Could you just please answer if it’s a ‘yes’ or a ‘no’?” saya juga kurang pasti mengapa, rakan-rakan Christian jika bertanya soal hukum dalam Islam, mereka enggan mendengar penjelasan dan perbezaan pendapat. “If I have to choose one, then it would be ‘no’,” [...]
14 Apr
Lilin Seorang Guru
Entah mengapa beberapa hari ini minda saya asyik menerawang ke masa lalu. Masa-masa berada di MMP, masa-masa di SIAB, malah tahun-tahun pertama hidup saya di West Yorkshire. Rindunya pada masa lalu, telatah saya dan rakan-rakan yang kadang-kala mencuit hati. Kalau direnung kembali, saya yang sekarang sudah terlalu jauh berbeza dengan diri saya sewaktu masih menakuk [...]

Recent Comments