DeMi PeNa (68): 1

Gempur Revolusi Islam

Posted by: halaa on: March 3, 2008

Ziarah ke kamar sahabat saya baru-baru ini membuka satu ruang ilmu dalam dada. Kami membincangkan tentang sebuah sejarah Islam yg sangat membanggakan (credits to Iman and Kak Yong). Sejarah apa yg membanggakan sangat tu?

 

 

Sejarah yg saya maksudkan adalah sejarah pembukaan Kota Constantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Sejarah yg sering kita dengar tapi jarang dihayati. Jika kita tinjau semula rentetan sejarah ini dgn lengkap, pasti kita akan merasa kagum dgn kehebatan dan kebijaksananaan Sultan Muhammad al-Fatih bersama tentera-tenteranya. Cubalah dibayangkan, sultan muda yang hanya berumur 19 tahun ini berjaya menawan Kota Constantinople, yang mana kota tersebut sudah lama cuba ditawan oleh pemimpin-pemimpin dan tentera-tentera Islam yang lain semenjak 800 tahun sebelum itu lagi. Apakah keistimewaan Kota Constantinople ini sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya? 

 

“…Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (HR Imam Ahmad al-Musnad 14:331 #18859)

 

Itulah sabda Rasulullah s.a.w sewaktu baginda menggali parit Khandaq 800 tahun sebelum Constantinople ditawan. Itulah juga gelaran yg dikejar para pemimpin dan tentera Islam. Bayangkanlah, selama 800 tahun menunggu… Bukan calang-calang orang yg mencuba, hatta Khulafa ar-Rasyidin juga tidak berjaya menawan kota tersebut.

 

 

Jika dinilai dengan teliti, pada zaman yg belum moden seperti itu, cara mereka memindahkan 72 buah kapal perang yg besar dan berat dari Selat Bosporus ke Teluk Golden Horn melalui jalan darat dan gunung-ganang adalah satu hal yg sukar dibayangkan di dunia realiti. Mereka menghamparkan batang-batang kayu sepanjang laluan yang menghubungkan Selat Bosporus dengan Teluk Golden Horn. Ini disebabkan mereka tidak dapat merentasi Teluk Golden Horn yang telah direntangi dengan rantai besi. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

 

Bagaimana mereka boleh jadi sebegitu hebat? Andai diperhatikan kembali sejarah mereka, tentera yg dipilih oleh Sultan Muhammad II terdiri daripada muslimin yang mempunyai keimanan yang teramat teguh serta kuat beribadat! Begitu juga Sultan Muhammad II sendiri yg merupakan hamba Allah yang amat bertaqwa. Buktinya, sewaktu pemilihan Imam untuk solat Jumaat yang pertama selepas panawanan Constantinople, beliau telah terpilih kerana beliau tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu (awal waktu&berjemaah), solat rawatib dan juga solat tahajjud sepanjang hidup beliau.

 

“Wahai org-org beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA menolong kamu dan menetapkan tapak kakimu” –Surah Muhammad (47): 7

 

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa – Surah Al-Hajj (22):40

 

Sesiapa yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah, pasti Allah akan membantunya dalam segala perkara. Ya! Hanya dengan keimanan yang teguh sahajalah umat Islam akan menjadi umat yang kuat! Dan seterusnya membebaskan dunia dari belenggu perang pemikiran yang menjatuhkan maruah agama kita di mata masyarakat dunia!

 

 

Kita kembali ke alam realiti. Adakah masyarakat Islam yg semakin ramai di muka bumi ini cukup berkualiti seperti tentera Sultan Muhammad al-Fatih? Sedarkah kita bahawa masih terdapat ummat Islam yg bahkan meninggalkan solat wajib 5 waktu? Melihatkan betapa rendahnya mutu ‘tarbiyah fardiah’ (Individu) Muslim hari ini, tidak hairanlah betapa lemahnya ummat Islam sekarang. Marhalah pembentukan suasana Islam sejak dulu dari sekarang diringkaskan seperti berikut:


–> Individu Muslim
( KITA MASIH TERSEKAT DISINI! )
–> Keluarga Muslim (Baitul Muslim)
–> Masyarakat Muslim
–> Negara Islam
–> Benua Islam
–> Dunia Islam

 

 

 

 

Renungkanlah tahap yg telah dan dapat anda capai. Apalah gunanya kita mencanang impian dan cita-cita membangkitkan Islam seandainya kita sendiri tidak melangkah menuju keredhaanNYA. Saidina Umar r.a pernah berkata: 

“Aku lebih risaukan maksiat tenteraku dari serangan musuh. Kerana aqidah yang kukuh itulah yg menjadi senjata ummat Islam. Sekiranya mereka berbuat maksiat, maka hilanglah kekuatan kami. Sedangkan tentera kuffar lebih kuat dan ramai bilangannya”

2 Responses to "Gempur Revolusi Islam"

salam
dalili..i love the post
jzkk for inviting me!
hem,do visit mine ya
http://www.drmuthiah.blogspot.com
truly-its nt s good-informative lyke urs..
hehe
wonder~ bilalah agaknya diri ini mampu jd sehebat sesolehah mu..

salam ukhuwwah from russia
azimah

wslm… thanks for your comment, azimah. actually I’m no any pious than you, dear.. this is just my two cent **wink2**

I’m glad to have more muslim sisters who love to write. a simple tazkirah could even give a huge change in one’s life. thanks for the link to your blog!

;)

salam ukhuwwah jugak!!

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

March 2008
S M T W T F S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~