DeMi PeNa (68): 1

Modern Medicine vs Holistic Medicine

Posted by: halaa on: March 2, 2008

Bolehkah saya berubat dgn ayurveda sedangkan yg saya dengar ayurveda itu mengandungi khurafat menggunakan daun kelapa untuk membuang sial?

 

Itulah soalan yg saya terima dari email kenalan saya. Lama saya meneliti skrin komputer. Daun kelapa mana pula ni? Minda saya cuba mengingat kembali pelajaran holistic medicine semester lepas, manalah tahu ada khurafat daun kelapa dalam subjek tersebut. Namun, puas saya ingat dan cari, memang tak jumpa part yang cerita pasal daun kelapa. Setelah saya rujuk pada teman India saya, barulah saya tahu, khurafat daun kelapa tu memang merupakan amalan kuno dalam amalan ayurveda zaman dulu-dulu.

 

 

ayurveda.jpg

Peralatan-peralatan ayurveda

 

Sebelum saya mengupas topik ni lebih lanjut, ingin saya beritahu di sini bahawa ‘holistic medicine’ bermaksud ‘perubatan secara menyeluruh’. Perubatan tradisional dan perubatan Islam termasuk di bawah kategori ini. Manakala ayurveda, acupuncture, massage dan herbal medicine termasuk di bawah kategori perubatan tradisional.

 

 

Tak dinafikan, dlm holistic medicine, ada teori-teori yg kurang masuk di akal. Pun begitu, org zaman dulu-dulu tetap sihat dgn teori-teori tersebut. Mungkin teori mereka ada betulnya cuma secara saintifik belum terbukti, wallahualam. Contoh yg paling saya suka; kalau nak tau penyakit ginjal, tengoklah di telinga. Alasan; sebab bentuk telinga sama dgn ginjal. Walhal kalau ikut anatomi, telinga tiada kaitan secara terus dgn ginjal. (Sekali lg, mungkin ada kaitan cuma belum terbukti secara saintifik)

 

 

Sekiranya anda mendalami holistic medicine, dapat dilihat bahawa holistic medicine seolah-olah ‘instruction manual’ untuk kehidupan natural manusia. Ia mengandungi pendekatan sistemik untuk kesihatan dari segi diet, senaman, dan rutin sehari-hari sehingga membawa kepada kesihatan yg baik. Secara ringkas, holistic medicine merupakan satu pendekatan pencegahan (prevention).

-Kesihatan secara menyeluruh-

 

 

Manakala modern medicine menggunakan pendekatan ubat-ubatan (curable). Menurut Dr Ray D Strand dalam bukunya Death by Prescription, jelas mengatakan ‘Top 5 killing factor in the US is legal drug prescription’. Mengapa hal itu boleh terjadi? Di sini saya mahu mengingatkan anda, ubat-ubatan yang ditelan merupakan benda asing bagi tubuh. Setiap benda asing yang masuk ke dalam tubuh akan mengalami proses metabolisme dan dikeluarkan semula. Itulah norma tubuh kita. Dengan kata lain, bagi mengelakkan efek yang tidak diingini, kita harus tahu bagaimana cara kerja, metabolisme mahupun cara keluar ubat-ubat berbeza yg kita ambil.

 

 

Dalam teknologi moden, masih belum ada alat canggih yang dapat mengukur secara tepat apa yg berlaku dlm tubuh kita, terutama apa yg terjadi setelah ubat masuk ke dalam badan. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengetahui adalah dgn melakukan kajian. Bagi efek jangka pendek, mungkin dapat terus ditemui. Tetapi bagi efek jangka panjang, ia memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya. Apatah lagi efek samping ubat berbeza pada individu berlainan. Biasanya pharmaceutical company yg menguruskan ubat tidak akan menunggu selama itu. Oleh itu, di saat anda mengambil sejenis ubat (tak kiralah Panadol, ubat batuk atau apapun), secara automatik anda telah menjadi bahan ujikaji ubat tersebut.

 

 

Pun begitu, holistic medicine juga tidak semestinya selamat. Izinkan saya mengingatkan, walaupun amalan khurafat seperti daun kelapa itu merupakan amalan kuno, tidak dinafikan masih ada pengamal yang percaya dan mengamalkan hal-hal seperti itu. Sekiranya anda mahu berubat ayurvedic mahupun traditional lain, carilah pengamal yg betul, jangan main cari membuta-tuli, tinjau-tinjau sikit peribadi pengamal tersebut agar hati kita tetap dalam iman dan aqidah yang benar. Ketidakpercayaan terhadap amalan holistic medicine tidaklah menjadi persoalan kerana acupoints, herba dsb yg digunakan telahpun dibuktikan secara saintifik kemujarabannya. Di akhir pembacaan mungkin anda tertanya-tanya, jadi antara holistic dan modern medicine, yang mana yang lebih baik digunakan?

 

 

 

Setiap perkara ada buruk dan baiknya. Allah s.w.t menjadikan setiap perkara ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bagi menyimpulkan post kali ini, adalah disarankan anda mempertimbangkan keduanya. Sekiranya anda menderita penyakit yang chronic dan early-stage disease, lebih afdal kalau anda mengambil pendekatan holistic sahaja bagi mengelakkan efek samping ubat-ubatan. Akan tetapi, bagi penyakit acute dan end-stage disease, mungkin agak terlambat untuk diubati dengan holistic medicine. Maka bolehlah mencuba modern medicine. Yang penting, doa, usaha dan tawakkal.

 

Moral of the story, yang baik kita amalkan, yg buruk dijadikan sempadan.

 Wallahualam…

-Prevention is always better than cure-

 

 

5 Responses to "Modern Medicine vs Holistic Medicine"

halaa, ajar la acupunctur ngan ayurveda~~ nak wat goks~~ ;)

alamak~~ huhuhu

nice… thanks cuz i can use 4 my sivik folio…

SOMETHING DIFFERENT….!

ehee… rindu artikel ni… ditulis waktu masih mentah… mungkin saya boleh korek lebih dalam dan menarik tentang hal ni someday…

Leave a Reply

I am a product of…:

nukilan ini…

Menyingkap rahsia kebesaran Yang Maha Esa... Ya ALLAH, jaga sahabat dakwahku.. Kuatkan jasadnya dengan RahmatMU.. Kuatkan ruhnya dengan RuhMU.. dan buatkan mereka tersenyum hingga di SyurgaMU... Semoga DIA menetapkan kaki-kaki kita di jalanNYA, dan semoga DIA pelihara hati-hati ini agar terus kekal mencintaiNYA...

Taqwim

March 2008
S M T W T F S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tracker…

Kategori

Visitor from…

VoiCe OuT … ~